9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam

1. KHALID BIN WALID (KHALID AL-WALID)

Khalid Bin Walid adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. MUHAMMAD AL-FATIH (MEHMED II)

Sultan Mehmed II atau juga dikenali sebagai Al-Fatih juga juga dikenal sebagai El-Fatih (Sang Penakluk). Kejayaannya dalam menakluk Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik dan strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Beliau merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. SALAHUDDIN AYYUBI (SALADIN)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Beliau mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristian kerana kepimpinan, kekuatan tentera dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentera salib. Beliau juga adalah seorang ulama. Beliau memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud.

4. ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH

Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah adalah muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Beliau ikut berhijrah ke Habsyah (ketika ini Ethiopia) dan kemudian behijrah ke Madinah. Beliau mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W, beliau merupakan salah seorang calon khalifah bersama-sama Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Bin Khattab. Setelah Abu Bakar As-Siddiq terpilih sebagai khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal dunia disebabkan oleh wabak penyakit.

5. SA'AD BIN ABI WAQQAS

Sa'ad Bin Abi Waqqas merupakan salah seorang yang awal memeluk agama Islam dan salah seorang sahabat penting Rasulullah S.A.W. Kepahlawanan Sa'ad Bin Abi Waqqas tertulis ketika saat beliau memimpin pasukan Islam melawan tentera Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. TARIQ BIN ZIYAD

Tariq bin Ziyad dikenali dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric El Tuerto (Taric yang memiliki satu mata). Beliau merupakan seorang jeneral dari Dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan Muslim ke atas wilayah Al-Andalus (Sepanyolm Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 Masihi.

7. SYURAHBIL BIN HASANAH

Syurahbil Bin Hasanah merupakan sahabat Rasulullah S.AW. Beliau merupakan salah seorang komander terbaik dalam pasukan Rasyidin. Bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar Al-Khattab. Beliau merupakan salah seorang komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria. Beliau bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. ABDULLAH BIN AAMIR

Abdullah Bin Aamir adalah seorang gabenor Busrha (647 - 656) dan merupakan seorang jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman Bin Affan. Beliau terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. AMRU BIN ASH

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Rasulullah S.AW dan kaum Muslim, namun beliau memeluk Islam bersama Khalid Bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah S.A.W menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekah. Beliau adalah penglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang. Beliau merupakan panglima perang yang menakluk Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Beliau kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar Al-Khattab tetapu dipecat oleh Khalifah Uthman Bin Affan. Namun Muawiyah Bin Abu Sufyan melantik beliau kembali. Beliau mengerahkan tenteranya agar menjunjung Al-Quran dihujung tombak. Beliau menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali Bin Abi Thalib agar Ali Bin Abi Thalib menghentikan serangan.