Rahsia Tarikh 1 Mei

Ketibaan 1 Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh ini lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang 'makan gaji'.

Tarikh 1 Mei juga adalah hari kegusaran bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh kesukaan bagi sesetengan pemimpin kerajaan.

1 MEI DAN ILLUMINATI

Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1 Mei itu dipilih.

Ia bukanlah satu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi satu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri dan juga ingin menjelaskan mengapa 1 Mei dipilih. Kenapa tidak 1 Jun atau Julai atapun Ogos?

PERISTIWA 1 : SEMPENA HARI PENUBUHAN ILLUMINATI

Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal dan Rothschild melalui agennya iaitu Adam Weishaupt. Sejak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika dan Russia. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

PERISTIWA 2 : SEMPENA HARI KESYAITANAN SEDUNIA

Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.

Sebenarnya upacara itu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1 Mei. Pada hari kemuncak itu, pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.

PERISTIWA 3 : SEMPENA PERAYAAN HARI KOMUNIS SEDUNIA

Golongan penganut fahaman komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1 Mei akan merayakannya pada tarikh ini.

Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis ini. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang bertajuk 'The Communist Mannifesto'. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.

Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Russia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.

PERISTIWA 4 : LAHIRNYA GRAND MASTER FREEMASON DARI KELUARGA ROCKEFELLER

Pada 1 Mei 1912, anak ke-3 John D. Rockefeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.

Namun Withrop Rockefeller seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Division Tentera Ke-77. Ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun seorang billionaire ketika itu.

Pada 1962, Withrop Rockefeller mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.

Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Luth tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.

PERISTIWA 5 : GEORGE BUSH MENGISYTIHARKAN OPERASI KETENTERAAN KE ATAS IRAQ TAMAT SERTA MERTA

Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke atas Iraq secara rasmi. Pengumuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.

Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya. Itu mungkin sebabnya, tetapi sebenarnya ia lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi.

PERISTIWA 6 : HARI PELANCARAN DISNEY'S HOLLYWOOD STUDIO

Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio, maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.

Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya :

" The world you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood - not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was and always will be." 

- Michael Eisner, I Mei 1989 -

Kata-kata Michael Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran Disney Hollywood Studio adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak.

Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan Disney Hollywood Studio adalah penubuhan organisasi syaitan kedua selepas penubuhan Illuminati pada 1776.

PERISTIWA 7 : LAPORAN-LAPORAN PENYELIDIKAN RAHSIA UNIVERSITI ROCKEFELLER MULA DIBENARKAN UNTUK RUJUKAN AWAM.

Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University Of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan teknologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.

Jurnal tersebut ialah The Journal Of Cell Biology, The Journal Of Experimental Medicine dan The Journal Of General Physiology.

Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008, pihak University Of Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.

PERISTIWA 8 : SEMPENA SAMBUTAN HARI MEMPERINGATI HOLOCAUST

Pada tahun 2008, hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.

Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar Gregorian (Masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa sentiasa berubah jika mengikut kalendar Barat.

Pada tarikh Holocaust tahun 2008, ianya berlaku serentak dengan pengumuman University Of Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka.

KESIMPULAN

Di atas adalah 8 peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia. Walaupun terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu, namun terpaksa menapisnya sebagai melihat kepada hubungkait yang lebih signifikan.

Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi.

Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah S.A.W bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.

Wallahualam.

12 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah S.W.T

Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah S.W.T janganlah sesekali dicabar. Kita hanya hamba Allah S.W.T yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah S.W.T secara tunai di dunia. 

Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah S.W.T kerana mereka mengingkari utusanNya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang.

Sejarah Kaum-Kaum Yang Telah Dibinasakan

1. Kaum Nabi Nuh a.s.
  • Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh a.s. Lalu, Allah S.W.T mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh a.s.
2. Kaum Nabi Hud a.s.
  • Nabi Hud a.s diutuskan untuk kaum 'Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud a.s. Lalu Allah S.W.T mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa.
3. Kaum Nabi Saleh a.s.
  • Nabi Saleh a.s diutuskan Allah S.W.T kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh a.s diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah S.W.T menimpakan azab kepada mereka.
4. Kaum Nabi Luth a.s.
  • Umat Nabi Luth a.s terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah S.W.T akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth a.s ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri.
5. Kaum Nabi Syuaib a.s.
  • Nabi Syuaib a.s diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah S.W.T kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu menguranginya. Allah S.W.T pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa.
  • Selain daripada kaum Madyan, Nabi Syuaib a.s juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembahan hutan lebat.
6. Firaun.
  • Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah S.W.T. Namun, Firaun mengaku sebagai Tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini, jasadnya masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir.
7. Ashab Al-Sabt.
  • Mereka adalah golongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat, Palestin. Mereka melanggar perintah Allah S.W.T untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah S.W.T menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah S.W.T menjadi kera yang hina.
8. Ashab Al-Rass.
  • Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan kepada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh a.s. Namun, ada pula yang menyebut Nabi Syuaib a.s. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah Bin Shinwan. Ada yang menyebut Bin Shofwan. Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.
9. Ashab Al-Ukhdudd.
  • Ashab Al-Ukhdudd adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah S.W.T, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah mengendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah S.W.T.
10. Ashab Al-Qaryah.
  • Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah S.W.T membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.
11. Kaum Tubba.
  • 'Tubaa' adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah S.W.T hingga melampaui batas. Maka, Allah S.W.T menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air.
12. Kaum Saba.
  • Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah S.W.T walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman a.s, akhirnya Allah S.W.T menghancurkan bendungan Ma'rib dengan banjir besar.