Mualaf Jerman : Sebelum Menuduh Islam Teroris, Cuba Jawab 14 Pertanyaan Ini

Mualaf asal Jerman, Pierre Vogel yang mengikrarkan syahadat pada tahun 2001 melontarkan beberapa pertanyaan kepada dunia barat yang selama ini menuduh Islam identik dengan teroris.

Berikut ini 14 pertanyaan yang disampaikan Pierre Vogel dalam sebuah ceramahnya sebagaimana dilansir pijar.net, untuk menjawab tuduhan ketika Islam dituduh sebagai agama teroris.

  1. Siapakah yang selalu menjajah sebuah negara damai, aman, tenteram hanya untuk kepentingan ekspansi?
  2. Siapakah yang menyulut perang dunia pertama?
  3. Siapakah yang menyulut perang dunia kedua?
  4. Siapakah yang selalu menyiarkan sebuah ajaran agama dengan cara menjajahnya terlebih dahulu?
  5. Siapakah yang menjatuhkan bom atom atas Hiroshima dengan keji, tidak berperikemanusiaan dan mengorbankan jutaan rakyat sipil?
  6. Siapakah yang membantai 20 juta suku Aborigin di Australia?
  7. Siapakah yang membantai lebih dari 100 juta suku Red Indians di Benua Utara Amerika?
  8. Siapakah yang membantai lebih dari 50 juta Red Indians di benua Selatan Amerika?
  9. Siapakah yang menjadikan lebih dari 150 juta manusia dari Afrika sebagai apartheid? Di antara 77% dari mereka mati di perjalanan dan dikuburkan di Lautan Atlantik?
  10. Siapakah yang selalu tertarik untuk menguasai serta merampas minyak suatu negara baik dengan cara mengadu domba negara tersebut, mendanai oposisinya, menyebar fitnah bom, membuat negara tersebut tak kunjung ada kedamaian?
  11. Siapakah renternir dunia (IMF) yang justeru membuat negara pasiennya jadi tambah sengsara dengan sistem busuk dan kejinya?
  12. Siapakah pelaku dan pendukung penjajahan, perampasan lahan masyarakat, pembantaian warga Palestin dari tahun 1948 sehingga sekarang?
  13. Siapakah pelaku dan pendukung krisis dibeberapa negara dengan cara membuat nilai dollar menjadi tinggi sehingga negara tersebut tidak sanggup membayar hutang dollar dan harus menjual berbagai asetnya?
  14. Siapakah pelaku yang selalu menghina dan melecehkan sebuah ajaran agama baik dengan menghina tokoh agamanya atau membakar kitabnya?
Dari 14 pertanyaan tersebut sama sekali bukan negara Islam mahupun orang Islam yang melakukannya.

Amalan Bacaan Surah-Surah Pilihan Di Dalam Al-Quran

Kelebihan Membaca Surah-Surah Pilihan Di Dalam Al-Quran

1. Surah Al-Kahfi

  • Terhindar daripada Al-Dajjal.
  • Jika dibaca pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat. (Maksud hadith)
2. Surah As-Sajadah
  • Terhindar daripada seksa kubur.
  • Mendapat pahala besar seperti pahala ibadah sepanjang malam Lailatul Qadar.
  • Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
  • Dikurnia nur (cahaya) pada diri semasa meninggal dunia. (Maksud hadith)
3. Surah Al-Waqi'ah
  • Dibaca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan.
  • Dibaca 40 kali setiap hari dan malam akan dipermudahkan mendapat rezeki dari berbagai sumber yang berkat. (Maksud hadith)
4. Surah Al-Mulk
  • Mendapat syafaat sehingga terampunya dosa,
  • Dihadiahkan pahala besar iaitu masuk Syurga.
  • Selamat dari azab kubur. (Maksud hadith)

Orang Tidak Nampak vs Orang Hanya Nampak

Orang tidak nampak masa kita kerja kuat untuk kumpul duit cari rezeki siang malam.
Orang hanya nampak masa kita beli-belah dan kata kita ini kaya dan banyak duit.

Orang tidak nampak masa kita ikat perut tahan lapar sebab teringin hendak makan sesuatu.
Orang hanya nampak apabila kita makan hebat sikit dan kata kita kaya dan banyak duit.

Orang tidak nampak masa kita kerja tunggang terbalik menyiapkan semua benda.
Orang hanya nampak masa kita duduk berehat dan kata kita ini asyik mengular atau bos besar sebab boleh relaks.

Orang tidak nampak masa kita bersengkang mata siang malam cuba sedaya upaya untuk penuhkan permintaan mereka.
Orang hanya nampak masa kita tidak mampu hendak menunaikan permintaan mereka dan cakap kita ini tidah guna dan tidak boleh diharap.

Orang tidak nampak masa kita bersungguh-sungguh tolong mereka masa mereka perlukan bantuan.
Orang hanya nampak masa kita tolong tetapi kita tidak boleh tolong dan kata kita ini berkira.

Orang tidak nampak masa kita tahap nak putus urat kepala fikir segala benda untuk menggembirakan dan menjaga hati dan perasaan mereka.
Orang hanya nampak dan tahu sentap apabila kita gembira lebih dari mereka.

'Mereka tidak pernah pun hendak cuba menjaga hati dan perasaan kita'.

30 Perkara Yang Perlu Dijauhi Oleh Wanita

1. Menyambung rambut palsu.
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain.
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri.
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.
8. Membelanjakan harta suami tanpa izin suami.
9. Derhaka kepada suami.
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
11. Mengingkari kebaikan suami.
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram.
13. Memandang lelaki lain yang bukan mahram.
14. Bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram.
15. Menyerupai lelaki.
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.
17. Memandang aurat wanita lain.
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.
19. Masuk permandian awam.
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah.
21. Meratapi kematian.
22. Berhias atas meninggalnya seseorang.
23. Menghantar jenazah.
24. Mempercayai dukun dan pengamal.
25. Menyumpah anak-anak sendiri.
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.
27. Menganiaya pembantu.
28. Mengganggu jiran.
29. Minta cerai kerana suami sakit.
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi.

Antara Adat, Adab vs Hukum? Pilihlah Hukum...

ISTERI

Boleh bersalam dengan :
  • Adik-beradik perempuan suami.
  • Bapa dan ibu suami.
  • Emak saudara suami.
  • Datuk dan nenek suami.
  • Moyang suami.
  • Anak-anak saudara (perempuan) sebelah suami.
  • Saudara-mara (perempuan) sebelah suami.
Wajib berhijab dan haram bersalam :
  • Bapa tiri suami.
  • Adik-beradik lelaki suami.
  • Bapa saudara suami.
  • Anak-anak saudara (lelaki) sebelah suami.
  • Datuk tiri suami.
  • Saudara-mara (lelaki) sebelah suami.
SUAMI

Boleh bersalam dengan :
  • Adik-beradik lelaki isteri.
  • Bapa dan ibu isteri.
  • Bapa saudara isteri.
  • Datuk dan nenek isteri.
  • Moyang isteri.
  • Anak-anak saudara (lelaki) sebelah isteri.
  • Saudara-mara (lelaki) sebelah isteri.
Haram bersalam :
  • Adik-beradik perempuan isteri.
  • Emak saudara isteri.
  • Anak-anak saudara (perempuan) sebelah isteri.
  • Emak tiri isteri.
  • Nenek tiri isteri.
  • Saudara-mara (perempuan) sebelah isteri.