Amalan Bacaan Surah-Surah Pilihan Di Dalam Al-Quran

Kelebihan Membaca Surah-Surah Pilihan Di Dalam Al-Quran

1. Surah Al-Kahfi

  • Terhindar daripada Al-Dajjal.
  • Jika dibaca pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat. (Maksud hadith)
2. Surah As-Sajadah
  • Terhindar daripada seksa kubur.
  • Mendapat pahala besar seperti pahala ibadah sepanjang malam Lailatul Qadar.
  • Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
  • Dikurnia nur (cahaya) pada diri semasa meninggal dunia. (Maksud hadith)
3. Surah Al-Waqi'ah
  • Dibaca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan.
  • Dibaca 40 kali setiap hari dan malam akan dipermudahkan mendapat rezeki dari berbagai sumber yang berkat. (Maksud hadith)
4. Surah Al-Mulk
  • Mendapat syafaat sehingga terampunya dosa,
  • Dihadiahkan pahala besar iaitu masuk Syurga.
  • Selamat dari azab kubur. (Maksud hadith)