"Belajarlah untuk menangis demi kesedaran dan keinsafan, namun dalam melakukan ibadah ini, kalau masih belum mahu mengalirkan air mata, lakonkan juga sehingga benar-benar menangis. Semoga dengan itu kita diterima Allah sebagai hamba yang benar-benar insaf."
Solat Tahajud
- Dilakukan waktu orang lain masih nyenyak tidur.
- Mampu melembutkan jiwa yang keras.
- Apabila menjadi rutin, hati yang keras boleh mencairkan lalu mengalirlah air mata kerana Allah S.W.T.
Solat Taubat
- Jika dilakukan oleh orang sedar daripada kesilapan lampau akan membuatkan mereka menangis.
- Awas jika selalu melakukan solat taubat tetapi tiada lagi tangisan.
Solat Tasbih
- Disunatkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- Digalakkan sebulan sekali.
- Jika mampu, lakukan seminggu sekali.
- Air mata yang mengalir, tentu besar nilainya kerana tangisan itu bukan kerana sesal dan sedih tetapi kerana kagum dengan kehebatan Allah S.W.T.