Air Mata Tiga Solat

"Belajarlah untuk menangis demi kesedaran dan keinsafan, namun dalam melakukan ibadah ini, kalau masih belum mahu mengalirkan air mata, lakonkan juga sehingga benar-benar menangis. Semoga dengan itu kita diterima Allah sebagai hamba yang benar-benar insaf."

Solat Tahajud
  • Dilakukan waktu orang lain masih nyenyak tidur.
  • Mampu melembutkan jiwa yang keras.
  • Apabila menjadi rutin, hati yang keras boleh mencairkan lalu mengalirlah air mata kerana Allah S.W.T.
Solat Taubat
  • Jika dilakukan oleh orang sedar daripada kesilapan lampau akan membuatkan mereka menangis.
  • Awas jika selalu melakukan solat taubat tetapi tiada lagi tangisan.
Solat Tasbih
  • Disunatkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Digalakkan sebulan sekali.
  • Jika mampu, lakukan seminggu sekali.
  • Air mata yang mengalir, tentu besar nilainya kerana tangisan itu bukan kerana sesal dan sedih tetapi kerana kagum dengan kehebatan Allah S.W.T.