Lima Patung Jelmaan Syaitan Yang Paling 'Angker' Di Dunia

5. KATJA


Boneka ini berasal dari Russia dan usianya dikatakan ratusan tahun yang kononnya dibuat sekitar tahun 1730-an oleh seorang gundik raja.

Kisahnya, si gundik itu hamil dan mengharapkan anak lelaki yang bakal dilahirkan lebih disayangi sang raja. Malangnya, bayi yang lahir adalah perempuan dan wajahnya cacat pula. Taksub dengan kepercayaan bayi perempuan membawa sial, bayi itu dibakar hidup-hidup. Sisa abu dari bayi tersebut dicampurkan dengan porcelin dan tanah untuk dijadikan sebuah boneka yang kemudiannya dinamakan Katja.

Ianya persis boneka sumpahan, dikatakan mereka yang memandang Katja lebih 20 saat, mata boneka ini akan berkedip petanda Katja menyumpah orang yang memandangnya.

Selepas itu berlakulah pelbagai kemalangan menimpa mereka yang menerima kerdipan daripada Katja. Katja masih lagi disimpan oleh warisnya di Russia turun temurun dan dijaga rapi agar tiada sesiapa terkena sumpahannya lagi.

4. OKIKU


Okiku amat menyukai boneka ini dan tidak lekang setiap hari bermain dengannya. Tidak lama kemudian, Okiku meninggal dunia akibat diserang demam panas. Boneka Okiku ini diletakkan pada latar, tempat keluarga itu bersembahyang dan berdoa. Anehnya, sejak itu rambut boneka itu mula bertambah panjang.

Kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut boneka Okiki sama seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Dikatakan boneka ini hidup kerana roh Okiku bersemadi dalam boneka tersebut.

Pada 1938, apabila keluarga Okiku berpindah, boneka itu diserahkan ke sebuah kuil di Hokkaido. Menurut pendeta di situ, rambut boneka itu masih terus hidup dan bertambah panjang sehingga terpaksa memotongnya secara berkala.

Boneka berpakaian kimono dengan rambut yang lebat dan bermata hitam ini asalnya dibeli oleh seorang pemuda untuk adiknya Okiku yang baru berusia 2 tahun pada tahun 1918. Patung ini diberi nama Okiku sempena nama kanak-kanak tersebut.

3. PUPA


Sebuah boneka, berbaju biru dan terlekat reben biru pada rambutnya yang dinamakan Pupa oleh pemiliknya, seorang wanita. Wanita itu memiliki Pupa pada tahun 1920-an sewaktu berusia 6 tahun.

Sewaktu Perang Dunia Ke-2 meletus, Pupa hampir musnah. Namun bersama pemiliknya, Pupa sudah melalui pelbagai perjalanan bermula dari Itali, kemudian ke Amerika Syarikat dan pulang semula ke Itali sebelum melintasi negara Eropah seterusnya kembali semula ke Amerika Syarikat.

Pupa bagaikan hidup. Dikatakan Pupa boleh bergerak sendiri, jadi tidak pelik jika Pupa diletakkan disesuatu tempat kemudian kedudukannya berubah dari kedudukan sebelumnya. Sehinggalah pemiliknya meninggal dunia pada 2005, Pupa terus disimpan oleh waris tuannya. Pupa diletakkan di dalam kotak khas, namun sering kali kedengaran bunyi-bunyi aneh dari tempat penyimpanan Pupa.

Pupa kerap membuat bising seolah-olah meminta untuk dilepaskan dari tempat kurungannya. Acap kali kedudukan Pupa di dalam kotak itu berubah dari kedudukan asal.

2. ROBERT


Boneka berpakaian pelaut yang memeluk teddy bear kecil ini berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Tuannya bernama, Eugene. Asalnya Robert dihadiahkan oleh orang gaji keluarga Eugene pada tahun 1904 sewaktu Eugene masih lagi kanak-kanak.

Sumber menyatakan, boneka itu telah disumpah terlebih dahulu oleh orang gaji Eugene yang mengamalkan ilmu hitam kerana rasa tidak puas hati terhadap majikannya. Eugene menyayangi boneka itu sepenuhnya, namun selepas sebulan kehadiran Robert, gangguan aneh mula berlaku.

Barang-barang dalam rumah tiba-tiba hilang dan ada yang rosak tanpa diketahui puncanya. Setiap malam, seisi rumah terdengar bunyi seperti orang berjalan di dalam rumah. Lebih pelik, ibu bapa Eugene sering mendengar Eugene seperti berbual dengan seseorang. Bila ditanya, jawabnya berbual dengan Robert.

Malah ada jiran tetangga yang sering ternampak kelibat boneka kecil bergerak sendiri di dalam rumah Eugene sewaktu keluarga itu tiada di rumah.

Setelah Eugene meninggal dunia pada 1974, Robert ditinggalkan dirumah tersebut sehingga datangnya pemilik baru yang mendiami rumah tersebut. Keluarga itu mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 10 tahun. Beberapa hari selepas menduduki rumah tersebut, kanak-kanak itu sering menjerit pada waktu malan mendakwa Robert ‘hidup’ dan bergerak-gerak sendiri di sekeliling biliknya dan menyerang serta mahu membunuhnya.

Akibat tidak tahan dengan gangguan itu, akhirnya Robert diserahkan ke sebuah muzium. Sehingga kini Robert masih menjadi penghuni setia Muzium Fort East Martello dan terus dihujani misteri.

Jika para pengunjung meletakkan gula-gula getah di luar kotak pameran, keesokan harinya didapati pembalut gula-gula itu akan berselerak di atas lantai manakala gula-gulanya habis dimakan.

1. ANNABELLE


Pada tahun 1970, seorang gadis telah menerima sebuah patung dengan stail Raggedy-Ann sebagai hadiah dari ibunya yang telah membeli patung tersebut dari satu jualan kebajikan. Gadis itu pada masa itu sedang belajar di sebuah kolej.

Gadis itu menyukai patung itu dan ia diletakkan dalam apartment tempat dia tinggal, tetapi selepas itu dia dan teman serumahnya menyedari kejadian-kejadian aneh mula berlaku di apartment tersebut membabitkan patung itu. Ia selalu ditemui dalam bilik lain walaupun ia tidak disentuh oleh sesiapa pun sebelum itu. Mereka sering menemui cebisan kertas kain lama yang diconteng dengan tulisan kanak-kanak. Pernah juga mereka menemui patung itu dalam keadaan berdiri walaupun kaki patung itu dibuat dari kain guni saja.

Gadis-gadis yang ketakutan telah menghubungi seorang perantara psikik, yang memberitahu patung itu telah dirasuk oleh roh seorang kanak-kanak perempuan yang telah meninggal dunia di bangunan apartment mereka. ‘Annabelle’ memberitahu dia sukakan gadis-gadis kolej itu dan mahu tinggal bersama mereka. Bagaimanapun, setelah ia diberi keizinan untuk tinggal bersama, jumlah aktiviti paranormal di apartment mereka telah meningkat, antaranya salah seorang kawan lelaki mereka telah diserang oleh patung Annabelle pada suatu malam, meninggalkan kesan cakaran yang sangat teruk di bahagian dada dan perutnya.

Buntu dengan kejadian tersebut, gadis-gadis kolej itu telah menemui dua orang penyiasat paranormal yang dikenali ramai iaitu Ed dan Lorraine Warren. Pasangan yang telah berkahwin itu mendapati yang patung Annabelle bukan dihantui roh kanak-kanak perempuan, sebaliknya satu mahkluk yang telah menipu tentang identitinya bagi merapati gadis-gadis kolej tersebut, mungkin dengan niat mahu merasuk salah seorang dari mereka. Gadis-gadis itu kemudiannya memberikan patung Annabelle kepada pasangan Warren, yang kemudiannya menyimpan Annabelle dalam satu kotak kaca di muzium mistik milik mereka di Connecticut. Papan tanda pada kotak itu ditulis.

“AMARAN : DENGAN POSITIF, JANGAN BUKA KOTAK INI.”





Asal-Usul Permainan 'Spirit Of The Coin'


Sesiapa yang duduk di sekolah asrama tentu pernah dengar Spirit Of The Coin dan mungkin ada yang pernah mengalami sendiri pengalaman bermain dengan permainan ini. Permainan ini dinamakan Ouija di Amerika Syarikat dan konsepnya adalah sama seperti Spirit Of The Coin.

Spirit Of The Coin sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu. Mungkin pada masa sekarang ini ada juga orang yang masih lagi bermain permainan ini. Pada zaman persekolahan, selalunya pelajar yang tidak pulang ke kampung terutama yang tinggal di asrama akan bermain permainan ini. Itu adalah sebagai mengisi masa lapang bagi pelajar sekolah yang tamat peperiksaan akhir mereka.

Selalunya kebanyakkan pelajar sekolah ini akan melakukan aktiviti ini di kubur-kubur cina, kawasan yang terpencil dan blok-blok lama sekolah yang tidak lagi berpenghuni. Di situ mereka akan merasakan suasana yang sunyi dan jika nasib mereka baik, mereka tidak akan diganggu oleh makhluk-makhluk yang lain di situ. Jika nasib tidak baik, bersedialah untuk perkara yang tidak diduga.

Apa Itu Permainan 'Spirit Of The Coin' Sebenarnya?

Sebenarnya 'Spirit Of The Coin' bukanlah sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang telah meninggal dunia. Kaedah Spirit Of The Coin digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Kaedah ini biasanya digunakan untuk :
  • Tanya khabar orang yang telah meninggal dunia.
  • Mengetahui kedudukan roh.
  • Berkomunikasi dengan roh.
  • Minta bantuan secara ghaib.
  • Mencari barang atau orang yang hilang.
  • Untuk mengetahui cara kematian seseorang.
  • Untuk mengetahui sesuatu yang penting seperti password, no pin atau kedudukan harta.
Ini bukan sebuah hiburan atau permainan sebaliknya sebuah proses ritual yang sangat keras. Jangan sekali-kali mencubanya tanpa latihan rohani, panduan dan pertahanan yang lengkap.

Apa Yang Berlaku Dalam Ritual 'Spirit Of The Coin'?

Setelah lengkap papan atau kertas Ouija yang dilengkapi dengan tulisan A-Z, Nombor 0-9, Yes, No, Home dan Good Bye, pemain boleh menjemput sesebuah roh yang tertentu atau memanggil sebuah roh secara rambang untuk berkomunikasi dengannya. Apabila sebuah roh telah menghadirkan dirinya, pemain yang terlibat perlu bertanya beberapa soalan untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang mereka inginkan. Setelah memastikan ia adalah roh yang sebenar, mereka boleh mula bertanya apa yang diinginkan atau berbual dengannya.

Selalunya banyak roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada roh saudara-mara kita atau orang luar. Banyak roh terdapat disekeliling kita tetapi kita tidak dapat melihat dengan mata kasar kerana kebolehan kita adalah terhad. Orang yang pakar dalam seni kerohanian seperti Yoga, Meditasi dan pengamal ilmu agama dapat merasai kehadiran mereka.

Mengikut sesetengah kepercayaan, semua manusia dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Mungkin kerana itulah mereka tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula bermain Spirit Of The Coin, dengan rela hatinya dia membuka ikatan kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk ke dalam kehidupannya. Apabila sebuah roh hadir. ia akan memasuki badan seseorang itu dan menjawab soalannya yang diajukan oleh pemain yang lain dan ia akan keluar selepas proses tersebut selesai. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam permainan ini dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.


Kadang-kala dalam beberapa kes (mengikut kepercayaan mereka) roh yang tersesat atau roh orang yang mati terseksa akan memasuki ke dalam ritual ini dan berlakon seperti roh orang yang kita maksudkan. Jawapan yang salah dan jawapan yang mengelirukan akan diberikan olehnya kerana dia tidak dapat berhubung dengan alam roh. Dalam kes sebegini, roh jahat atau roh yang tidak tenteram tidak akan meninggalkan orangnya selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan mengekori pemain tersebut dan mengganggunya seumur hidup.

Mengikut kepercayaan mereka lagi, roh yang jahat boleh menyebabkan kerugian, penyakit, kemalangan dan juga kematian. Ia juga akan mengganggu ahli keluarga kita yang lain. Jadi AWAS!!! Jangan buat ritual ini. Ini bukan sebuah permainan sebaiknya sebuah ritual yang keras. Tujuan Spirit Of The Coin hanya untuk berhubung dengan alam roh sahaja.

Sejarah El-Clasico : Bagaimana Perang Saudara 1936 Buat Real Madrid Dan Barcelona Bermusuh


Sudah banyak stereotaip tentang El Clasico yang diulang-ulang sehingga sejarah sebenar diabaikan.

Jika anda tahu stereotaip tentang perlawanan El Clasico, anda pasti pernah mendengar sentimen bahawa El Clasico adalah ulangan Perang Saudara Sepanyol yang berlaku pada 1936, sebelum Perang Dunia Kedua.

Dalam erti kata lain, ia adalah pertembungan sejarah penindasan kumpulan Nasionalis yang disokong oleh orang Madrid terhadap kumpulan Republikan yang disokong oleh pejuang nasionalisme Catalonia.

APA ITU PERANG SAUDARA SEPANYOL?

Perang Saudara Sepanyol tercetus pada Julan 1936 selepas kumpulan Republikan yang bertanggungjawab menjadikan Sepanyol sebuah negara republik yang meruntuhkan sistem beraja monarki Sepanyol pada 1931 menang pilihanraya umum sekali lagi pada Februari 1936.

Pada ketika itu, majoriti penduduk Catalonia (penyokong Barcelona) menyokong kumpulan Republikan kerana mereka dijanjikan autonomi kuasa memerintah wilayah mereka sendiri.

Kemenangan kumpulan Republikan nyata tidak menyenangkan kumpulan nasionalis Sepanyol yang rata-ratanya disokong oleh penyokong Real Madrid. Tetapi ada juga penyokong Real Madrid yang menyokong kumpulan Republikan.

Kumpulan Nasionalis mahu sistem beraja di Sepanyol dikembalikan.

Mana tidaknya, mereka merupakan golongan yang selalu mendapat keistimewaan oleh keluarga diraja Sepanyol.

Jadi kumpulan Nasionalis berpendapat mereka tiada jalan lain untuk menghentikan Sepanyol daripada menjadi sebuah negara republik, selain daripada melakukan rampasan kuasa.

Untuk melakukan rampasan kuasa, kumpulan Nasionalis melancarkan perang pada musim panas 1936.

Serangan kumpulan Nasionalis diketuai oleh Francisco Franco, seorang jeneral tentera muda berusia 44 tahun.

Jeneral Francisco Franco

KAITAN PERANG SAUDARA SEPANYOL DENGAN EL CLASICO

Untuk pengetahun anda, Santiago Bernabeu (individu penting dalam sejarah Real Madrid) merupakan salah seorang penyokong kuat kumpulan Nasionalis dan tentera yang berkhidmat di bawah Jeneral Franco.

Santiago Bernabeu merupakan penyerang dan kapten Real Madrid sebelum bersara pada 1927 iaitu 9 tahun sebelum tercetusnya Perang Saudara Sepanyol.

Santiago Bernabeu (kanan) bersama Jeneral Francisco Franco (kiri)

Selepas Perang Saudara Sepanyol tamat, Santiago Bernabeu bertanggungjawab menyusun semula organisasi Real Madrid.

Beliau menghubungi pegawai-pegawai, bekas pemain dan ahli kelab yang masih hidup untuk menghidupkan semula Real Madrid.

Sementara itu di Barcelona, penduduk Catalonia juga perlu menghidupkan semula kelab bola sepak mereka selepas Perang Saudara Sepanyol.

Apatah lagi selepas presiden FC Barcelona, Josep Sunol mati dibunuh oleh pejuang Nasionalis dalam perang tersebut.

Monumen peringatan Josep Sunol (Presiden FC Barcelona)

Perang Saudara Sepanyol berakhir dengan kemenangan kepada kumpulan Nasionalis apabila wilayah Catalonia berjaya ditawan  oleh tentera Jeneral Francisco Franco pada Februari 1939.

Kerajaan republik Sepanyol runtuh. Wilayaha Catalonia hilang kuasa autonomi untuk memerintah wilayah mereka sendiri.

Dengan kemenangan Jeneral Francisco Franco, wilayah Catalonia berada di bawah pimpinan kerajaan fascist pimpinan Jeneral Francisco Franco.

MENGAPA SENTIMEN PERANG SAUDARA SEPANYOL TIDAK BOLEH DITIUP DALAM EL CLASICO?

Apabila Raja Alfonso XIII menghadiahkan perkataan 'real' (yang bermaksud royal dalam English) dan mahkotanya untuk diabadikan dalam logo Real Madrid, ramai orang mula mengaitkan Real Madrid dengan keluarga diraja Sepanyol.

Evolusi logo Real Madrid

Apatah lagi selepas pejuang pro-kemerdekaan Catalonia mula menghidupkan semula sentimen Perang Saudara Sepanyol sejak pilihanraya tahun 2015.

Tetapi apa yang sering diabaikan oleh pejuang pro-kemerdekaan Catalonia dan orang ramai adalah - ramai juga penyokong Real Madrid menjadi mangsa penindasan Nasionalis semasa Perang Saudara Sepanyol.

Antaranya adalah dua Presiden Real Madrid ketika era Perang Saudara Sepanyol iaitu Rafael Sanchez Guerra dan Antonio Ortega.

Malah ada juga sesetengah penyokong Real Madrid yang mempunyai ahli-ahli keluarga dan saudara mereka yang terkorban dalam Perang Saudara Sepanyol.

Semuanya angkara kumpulan Nasionalis yang mengagungkan Jeneral Francisco Franco dan keluarga diraja Sepanyol.

Bagi kami, adalah tidak adil apabila pejuang pro-kemerdekaan Catalonia meniup sentimen Perang Saudara Sepanyol 1936 dalam perlawanan El Clasico.

El Clasico perlu menjadi arena pertembungan dua pasukan bola sepak terbaik di Sepanyol malah dunia juga untuk menentukan kelab mana yang paling agung.

El Clasico cukup hanya perlu menjadi 'pride battle' antara Real Madrid dan Barcelona. Bukannya medan menoreh luka yang lama.

Kredit : semuanyabola.com