Maharaja Hongwu


Pada tahun 1368, Maharaja Hongwu telah mengambil gelaran sebagai Maharaja China yang baru dan merupakan Maharaja China dari Dinasti Ming yang pertama. Beliau telah mengarang sajak yang memuji Rasulullah S.A.W. Beliau juga merupakan pengasas Dinasti Ming.

Maharaja Hongwu dilahirkan di daerah Anhui di dalam keluarga petani dan diberikan nama Zhu Yuanzhang. Beliau mempunyai 7 orang adik-beradik tetapi ketika berumur 16 tahun, tembok Sungai Yangtze telah pecah lalu menyebabkan banjir yang dasyat di perkampungannya. Akibat daripada banjir tersebut, wabak penyakit telah merebak sehingga membunuh kesemua ahli keluarganya kecuali seorang adik lelakinya. Akibat kemiskinan, beliau telah mengambil sumpah untuk menjadi sami di sebuah tokong Buddha. Walau bagaimanapun, akibat kekurangan wang, pihak tokong terpaksa memaksanya untuk keluar dari tokong tersebut. Setelah itu, beliau menjadi pengemis untuk beberapa tahun. Selepas 3 tahun mengemis, beliau kembali menyertai tokong Buddha di mana beliau belajar untuk membaca dan menulis.

Ketika berusia 24 tahun, tokong yang menjadi rumahnya telah dimusnahkan oleh pasukan tentera Dinasti Yuan yang sedang memerintah China ketika itu. Oleh sebab itu, beliau telah menyertai pasukan pemberontak yang mahu menjatuhkan pemerintahan Dinasti Yuan yang berbangsa Mongolia dan mengembalikan pemerintahan kepada bangsa asli China iaitu Han. Kerana kebolehannya, beliau berjaya menjadi komander tentera pemberontak di dalam masa yang sangat cepat. Pada tahun 1356, beliau berjaya menawan Kota Nanjing dan dari situ bermulalah Dinasti Ming. Pada tahun 1381, akhirnya China berjaya disatukan kembali di bawah pemerintahan satu kerajaan.

Terdapat perdebatan berkenaan agama Maharaja Hongwu kerana ada sejarahwan seperti Jing Chee Tang menyatakan bahawa beliau dan sepupunya Koh Shiao-Tze adalah beragama Islam tetapi isu ini masih didebatkan di kalangan sejarahwan sehingga kini. Walau bagaimanapun, Maharaja Hongwu sangat terkenal kerana sikapnya yang begitu lembut kepada Muslimdan agama Islam malahan beliau telah menulis sebuah sajak 100 patah perkataan memuji Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, Laksamana Zhang He yang terkenal juga telah berkhidmat untuk Dinasti Ming pada era pemerintahan anak Maharaja Hongwu iaitu Maharaja Yongle dan Kesultanan Melaka juga diberi perlindungan oleh Dinasti Ming daripada ancaman kerajaan Siam. Oleh sebab itu penubuhan Dinasti Ming adalah satu peristiwa penting di dalam sejarah umat Islam.

Ketika di era pemerintahannya, agama Islam tersebar dengan meluas di China malahan beliau telah membina beberapa buah masjid di seluruh China seperti Nanjing, Yunnan, Guangdong dan Fujian. Maharaja Hongwu juga mempunyai 10 orang jeneral yang beragama Islam di dalam angkatan tenteranya di mana di antaranya ialah Chang Yuchun, Lan Yu, Ding Dexing, Mu Ying, Feng Sheng dan Hu Dahai. 10 orang jeneral ini dikenali dengan gelaran 'Sepuluh Pelindung Muslim Dinasti Ming'.

13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh a.s.

1. Nabi Nuh a.s. Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (Berusia 600 Tahun)
  • Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh a.s. diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun.
  • Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad.
  • Nabi Nuh a.s. mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.
2. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
  • Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir.
  • Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s. adalah 1200 kubit dan lebarnya 600 kubit dan mempunyai 3 lapisan.
3. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.
  • Allah S.W.T. mengajar Nabi Nuh a.s. membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.
  • Bahtera Nabi Nuh a.s. dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.
4. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
  • Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s. mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.
5. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia.
  • Panjang kapal Nabi Nuh a.s. adalah 1200 kubit dan lebarnya 600 kubit dan mempunyai 3 lapisan.
  • Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar yang sudah dijinakkan.
  • Tingkat kedua ditempatkan manusia.
  • Tingkat ketiga untuk burung-burung.
6. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut.
  • Menurut Al-Quran, bahtera Nabi Nuh a.s. telah mendarat di Bukit Judi.
  • Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia.
  • Ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir Al-Mishbah).
7. Bahtera Nabi Nuh a.s. Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.
  • Allah S.W.T. membimbing Nabi Nuh a.s. membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.
8. Bahtera Nabi Nuh a.s. Adalah Kapal Pertama Yang Belayar Tanpa Kompas.
  • Setelah kapal disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam Al-Kitab dan Taurat) mengambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.
9. Bahtera Nabi Nuh a.s. Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut.
  • Nabi Nuh a.s. adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-Kitab dan Al-Quran.
  • Nabi Nuh a.s. diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM.
  • Beliau dikatakan tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.
10. Bahtera Nabi Nuh a.s. Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.
  • Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pergunungan Ararat, ia kemudian membangunkan sebuah kota di daerah Ararat (Qarda) di sebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota Delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang beriman berjumlah 80 orang.
11. Bahtera Nabi Nuh a.s. Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia.
  • Nabi Nuh a.s. memiliki empat anak lelaki iaitu Kan'an, Sem, Ham dan Yafet.
  • Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi, hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. yang selamat dari air bah tersebut.
12. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.
  • Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi di atasnya.
13. Bahtera Nabi Nuh a.s. Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia.
  • Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah air mulai surut.
  • Nabi Nuh a.s. menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

Wallahualam....

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan

Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. kita harus bersedia untuk mengkaji, memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya, kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir dan hasad yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa akhir zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Nabi Muhammad S.A.W. Dilahirkan.
  • Islam ditegakkan semula.
  • Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah.
  • Dakwah Rasulullah S.A.W.
  • Peperangan Rasulullah S.A.W menentang kafir.
Kebangkitan Khalifah.
  • Wafatnya Rasulullah S.A.W.
  • Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi iaitu Uthamaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India dan China.
Kejatuhan Khalifah
  • Kebangkitan revolusi di seluruh dunia.
  • Perang Dunia Pertama dan Kedua.
  • Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal.
  • Umat Islam berpecah-belah.
  • Agama Islam dan agama lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
  • Kekerapan gempa bumi meningkat.
  • Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani.
  • Penzinaan berleluasa.
  • Ramai anak derhaka kepada ibubapa.
  • Agama bergerak secara individu dan bukannya kesatuan.
Perang Dunia Ketiga.
  • Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan.
  • Agama Islam dirosakkan dan memisahkan syariat dan hakikat (roh Islam).
  • Kemarau panjang.
  • Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir dan munafik.
  • Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung-ganang.
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan kerja tangan mereka di dalam semua peperangan. Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh-menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tidak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana.
  • Bumi bertukar wajahnya akibat bencana.
  • Puak mukmin membawa diri ke gunung-ganang.
  • Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki dan 7000 wanita.
  • Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah.
  • Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
  • Bencana melalui empat unsur. Tanah, api, air dan angin. 2/3 penduduk dunia akan mati.
Khalifah Islam Dilantik
  • Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji.
  • Umat Islam huru-hara tanpa ketua.
  • Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al-Harasth, Al-Kalb (golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir) dan Al-Sufyani adalah golongan Islam Munafik.
Peperangan Armegeddon (Al-Mujjidun - Sebuah Padang Rumput Yang Luas).
  • Islam dan Kristian menentang Yahudi.
  • Islam dan Kristian memenanginya.
Peperanggan Islam Dan Kristian.
  • Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan Kristian di dalam Perang Armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi.
  • Islam menang di bawah Khalifah Islam.
  • Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya.
Pemerintahan Khalifah Islam (7 Hingga 9 Tahun).
  • Rezeki melimpah ruah.
  • Haiwan liar menjadi sahabat.
  • Tiada orang yang sudi menerima zakat.
  • Bumi mempamirkan kecantikkannya.
Bangkitnya Dajjal (Tenteranya 70000 orang dari Isfahan Atau Iran).
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Nabi Isa a.s. solat berimamkan Khalifah Islam di Al-Aqsa.
  • Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa a.s.
  • Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa a.s.
  • Peperangan Khalifah dan Nabi Isa a.s. menentang Yahudi.
  • Pokok dan batu bercakap jika Yahudi berselindung.
  • Kemenangan untuk Islam.
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa a.s. Menjadi Khalifah Di Muka Bumi Selama 40 Tahun).
  •  Semua manusia wajib menerima Islam.
  • Pembunuhan babi di muka bumi.
  • Turunnya Yakjud Makjud dari atas.
  • Nabi Isa a.s. membawa umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan ummah dari Yakjud Makjud.
  • Kematian Yakjud Makjud melalui wabak penyakit.
  • Bumi menjadi busuk.
  • Hujan lebat membawa Yakjud Makjud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa a.s.
  • Makamnya disebelah makam Nabi Muhammad S.A.W.
Kiamat Bermula.
  • Al-Quran diangkat.
  • Nama Allah S.W.T. tidak disebutkan lagi.
  • Gempa bumi tiga penjuru.
  • Keluarnya binatang yang berbulu berkata-kata.
  • Penzinaan di tepi-tepi jalan.
  • Asap dari bumi.
  • Musnahnya Mekah dan Baitullah.
  • Semua umat Islam dimatikan.
  • Matahari naik di sebelah barat.
  • Api dari barat. Manusia berbondong-bondong ke arahnya.
Kiamat Kubra.
  • Pengakhiran masa dan kehidupan makhluk.
  • Berkecainya alam semesta.
  • Mati sekalian manusia, jin, iblis dan syaitan.
  • Mati sekalian malaikat dan yang terakhir adalah Izrail.
  • Padang Masyar.
  • Dimanakah kita?
Wallahu'alam...

Tragedi Berdarah Yang Berlaku Di Kota Mekah Pada 1979


Pada akhir tahun 1979, Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif Al-Utaibi, seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.

Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As-Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi, beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah.

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif Al-Utaibi

Tarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari sebelum serangan, mereka telah menyembunyikan senjata, peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan sebelumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.

Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika imam Masjidil Haram ketika itu, Sheikh Mohammed Al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh. Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu, beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta-merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.

Sebagai tindak balas dari serangan tersebut, Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk ke perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. Tentera di bawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korban yang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.

Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara' mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangna Masjidil Haram. Majlis Ulama' Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama' Arab Saudi mengizinkan dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.

Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Perancis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah, Majlis Ulama' Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN memeluk Islam secara rahsia bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan 'tanah haram' Mekah. Walaupun mereka telah memeluk Islam, kehadiran anggota komando Perancis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.


Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebisan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan ke dalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas operasi serangan.

Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya cedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 yang lainnya cedera. Setelah menyerah diri, Juhaiman, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh kerajaan Arab Saudi.

Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang mendakwa 'Imam Mahdi' terbunuh dalam serangan.

Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di Filipina, Turki, UAE, Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam, tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.

Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah membakar semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana kelantangannya menkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.

Wallahu'alam.