Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. kita harus bersedia untuk mengkaji, memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya, kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir dan hasad yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa akhir zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.
Nabi Muhammad S.A.W. Dilahirkan.
- Islam ditegakkan semula.
- Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah.
- Dakwah Rasulullah S.A.W.
- Peperangan Rasulullah S.A.W menentang kafir.
Kebangkitan Khalifah.
- Wafatnya Rasulullah S.A.W.
- Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi iaitu Uthamaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India dan China.
Kejatuhan Khalifah
- Kebangkitan revolusi di seluruh dunia.
- Perang Dunia Pertama dan Kedua.
- Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal.
- Umat Islam berpecah-belah.
- Agama Islam dan agama lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
- Kekerapan gempa bumi meningkat.
- Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani.
- Penzinaan berleluasa.
- Ramai anak derhaka kepada ibubapa.
- Agama bergerak secara individu dan bukannya kesatuan.
Perang Dunia Ketiga.
- Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan.
- Agama Islam dirosakkan dan memisahkan syariat dan hakikat (roh Islam).
- Kemarau panjang.
- Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir dan munafik.
- Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung-ganang.
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan kerja tangan mereka di dalam semua peperangan. Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh-menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tidak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana.
- Bumi bertukar wajahnya akibat bencana.
- Puak mukmin membawa diri ke gunung-ganang.
- Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki dan 7000 wanita.
- Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah.
- Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
- Bencana melalui empat unsur. Tanah, api, air dan angin. 2/3 penduduk dunia akan mati.
Khalifah Islam Dilantik
- Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji.
- Umat Islam huru-hara tanpa ketua.
- Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al-Harasth, Al-Kalb (golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir) dan Al-Sufyani adalah golongan Islam Munafik.
Peperangan Armegeddon (Al-Mujjidun - Sebuah Padang Rumput Yang Luas).
- Islam dan Kristian menentang Yahudi.
- Islam dan Kristian memenanginya.
Peperanggan Islam Dan Kristian.
- Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan Kristian di dalam Perang Armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi.
- Islam menang di bawah Khalifah Islam.
- Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya.
Pemerintahan Khalifah Islam (7 Hingga 9 Tahun).
- Rezeki melimpah ruah.
- Haiwan liar menjadi sahabat.
- Tiada orang yang sudi menerima zakat.
- Bumi mempamirkan kecantikkannya.
Bangkitnya Dajjal (Tenteranya 70000 orang dari Isfahan Atau Iran).
- Turunnya Nabi Isa a.s.
- Nabi Isa a.s. solat berimamkan Khalifah Islam di Al-Aqsa.
- Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa a.s.
- Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa a.s.
- Peperangan Khalifah dan Nabi Isa a.s. menentang Yahudi.
- Pokok dan batu bercakap jika Yahudi berselindung.
- Kemenangan untuk Islam.
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa a.s. Menjadi Khalifah Di Muka Bumi Selama 40 Tahun).
- Semua manusia wajib menerima Islam.
- Pembunuhan babi di muka bumi.
- Turunnya Yakjud Makjud dari atas.
- Nabi Isa a.s. membawa umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan ummah dari Yakjud Makjud.
- Kematian Yakjud Makjud melalui wabak penyakit.
- Bumi menjadi busuk.
- Hujan lebat membawa Yakjud Makjud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa a.s.
- Makamnya disebelah makam Nabi Muhammad S.A.W.
Kiamat Bermula.
- Al-Quran diangkat.
- Nama Allah S.W.T. tidak disebutkan lagi.
- Gempa bumi tiga penjuru.
- Keluarnya binatang yang berbulu berkata-kata.
- Penzinaan di tepi-tepi jalan.
- Asap dari bumi.
- Musnahnya Mekah dan Baitullah.
- Semua umat Islam dimatikan.
- Matahari naik di sebelah barat.
- Api dari barat. Manusia berbondong-bondong ke arahnya.
Kiamat Kubra.
- Pengakhiran masa dan kehidupan makhluk.
- Berkecainya alam semesta.
- Mati sekalian manusia, jin, iblis dan syaitan.
- Mati sekalian malaikat dan yang terakhir adalah Izrail.
- Padang Masyar.
- Dimanakah kita?
Wallahu'alam...