Ilmu Sejarah Menyembunyikan Sejarah Bank

Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Sejarah penubuhan bank mungkin dianggap tiada kena-mengena dengan ilmu sejarah dan ianya ilmu di dalam pengajian perbankan sahaja. Jika ada tanggapan sebegini, maka ia sangat salah.

Apabila buku-buku sejarah tidak membicarakan sejarah bank sedangkan bank adalah punca wujudnya peperangan dan peristiwa-peristiwa bersejarah maka sejarah bank hanya dibicarakan oleh orang-orang ekonomi sahaja. Apabila situasi itu berlaku, maka roh pengilmuan sejarah akan kabur. Dengan ini sedikit demi sedikit ahli-ahli sejarah generasi baru hilang pertimbangan untuk membahaskan intipati sejarah dari sudut bank.

Ilmu teori konspirasi telah membuktikan kebenaran bahawa masalah dunia yang bermula sejak 1770, 99% adalah dirancang oleh pihak-pihak bank. Malah semua masalah dunia dan peperangan-peperangan sekarang adalah dari bank. Dan semua bank adalah dikawal oleh Rothschild. Ia boleh diringkaskan dalam istilah, Bank Mengawal Kerajaan, Kerajaan Mengawal Masyarakat. Manakala sesiapa yang memiliki bank adalah bermaksud memiliki seluruh kerajaan dan sekarang ini semua bank di dunia adalah milik Rothschild.

" Sesiapa sahaja yang mengeluarkan wang dan pinjaman secara terus kepada polisi-polisi kerajaan, secara tidak langsung ia memegang haluan hidup rakyat."

Logo Bank Negara Malaysia adalah simbol Illuminati. Mengapa? Kerana bank di seluruh dunia adalah milik Rothschild. Wang kertas adalah ciptaan Illuminati yang penuh dengan lambang sihir.

" Sesiapa yang menguasai bank, dia akan menguasai dunia..."

" Mana-mana penulis, guru, pensyarah, pendakawah atau ahli politik yang cuba menyembunyikan nama Rothschild boleh dianggap menipu, hipokrit atau melakukan jenayah."

Rothschild Penyembah Syaitan

Rothschild telah mewujudkan banyak pertubuhan penyembahan syaitan seperti Freemason, Illuminati, Rotary, Lions Club dan Bilderberg.

Lodge Freemason di Sri Petaling adalah markas Freemason yang baru dibina berdekatan dengan masjid atau markas pengumpulan jemaah Tabligh.

Lahad Datu, MH370 dan MH17 adalah percaturan Rothschild.

Lodge-lodge Freemason saban hari semakin bertambah di Malaysia.

Adakah kita sudah merdeka?

Rothschild Dan Bank Negara Malaysia

Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang akan anggap ia adalah kijang atau rusa. Tetapi kijang atau rusa tidak mempunyai ekor sepanjang itu. Cuba pula anda Google Images 'Pharaoh Dog', bukankah ia sama dengan imej logo bank negara.

Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Dog. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Dog itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Dalam logo tersebut pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua, bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan (Agama yang menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari Bermata Satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makan Firaun dan Piramid.

Manakala anjing itu pula kelihatan seperti Pharaoh Dog yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat Mesir Kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.

Jadi siapakan sebenarnya pemilik Bank Negara?

Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia mempunyai dua pejabat di luar negara. Satu di Amerika Syarikat dan satu lagi di United Kingdom. Pasti ramai pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan Bank Negara Malaysia.

Hakikatnya, semua bank adalah milik Rothschild termasuklah Bank Islam.

Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000.

Inilah sistem ciptaan Dajjal untuk memperhambakan umat manusia.

Apa yang harus umat Islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang-hutang yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Rasulullah S.A.W bersabda,

" Akan datang satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak).

- Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal.

Wallahualam.