Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti

Illuminati Takut Kepada Syeikhul Ramadhan Al-Buti

Pemergian Allahyarham Dr. Ramadhan Al-Buti, seorang ulam ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kehilangan yang sangat dirasai. Beliau adalah ulama' yang digeruni oleh pihak Illuminati khususnya golongan Freemason kerana dakwahnya boleh menangkap jiwa jutaan umat Islam.

Kehilangan beliau juga merupakan satu kegembiraan bagi puak Ulama Wahabi yang sering menyerang pendapat-pendapat beliau dalam pelbagai media khususnya tulisan dan buku.

Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti Oleh Rothschild

Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti melalui pengeboman di sebuah masjid adalah satu perancangan rapi bagi projek 'Ethnic Clearance'. Etnik dalam kamus Illuminati bukan lagi merujuk kepada bangsa tetapi ulama'. Projek ini telah pun berjalan di seluruh dunia sejak 1970-an. Tambahan pula Syeikh Ramadhan adalah ulama' yang cenderung kepada Taregat Kesufian yang menjadi kebencian golongan Wahabi dan Freemason.

Di Syria, pihak media barat mempromosi sepenuhnya pertelingkahan antara golongan Pro-Assad dan anti-Assad. Ia satu propaganda yang sengaja diwujudkan bagi memberi ruang kepada Amerika Syarikat untuk membunuh kedua-dua belah pihak.

Sekarang media barat menggambarkan kedua-dua pihak adalah pembunuh kejam. Sebelah pihak menyembelih orang Islam manakala sebelah pihak lagi mengebom diri untuk membunuh orang Islam yang lain.

Antara fitnah yang dilemparkan media barat kepada Dr. Ramadhan Al-Buti ialah :
  • Difitnah berfahaman Syiah hanya kerana berjumpa dengan keluarga Al-Assad.
  • Difitnah menyokong kekejaman tentera Al-Assad.
Kini fitnah Amerika Syarikat berjaya dan puncak kejayaan mereka ialah apabila beliau dibunuh. Laporan berita di Malaysia menyebut Syeikh Ramadhan adalah 'Ulama Syiah' sedangkan ia adalah sebaliknya.

Maka berhati-hatilah dengan fitnah Dajjal di akhir zaman ini.