Antara Rupa-Rupa Manusia Yang Akan Dihalau Di Padang Mahsyar Nanti

Selepas manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, mereka akan menuju ke Padang Mahsyar. Al-Quran menjelaskan bahawa keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan muka. Nikmat dan seksaan yang dihadapi adalah mengikut amal perbuatan ketika hidup di dunia. 

Di Padang Masyar, tidak ada perlindungan yang diperoleh manusia kecuali perlindungan daripada Allah S.W.T. 

RUPA-RUPA MANUSIA DI PADANG MAHSYAR NANTI

1. Ditukar rupa menjadi wajah kera.
  • Manusia yang suka mengumpat.
2. Ditukar rupa menjadi wajah babi.
  • Manusia yang suka memakan harta anak-anak yatim.
3. Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepalanya di bawah.
  • Manusia yang suka memakan riba.
4. Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
  • Manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
5. Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
  • Manusia yang bangga dengan amalannya sendiri.
6. Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya keluar nanah yang menjijikkan.
  • Ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
7. Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
  • Mereka yang suka mengganggu tetangga.
8. Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pohon kurma neraka.
  • Mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai membela pemerintah yang tidak jujur kepimpinannya.
9. Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
  • Manusia yang takbur, sombong dan bongkak.