Rokok Adalah Penyumbang Terbesar Ekonomi Israel


Kita semua mengecam kekejaman Israel dengan memboikot semua produk keluaran mereka.

Tetapi masih ramai yang terlepas pandang atau sengaja tidak mahu memandang antara penyumbang terbesar ekonomi Israel.

ROKOK!!!

Jihad paling hebat adalah jihad mengawal hawa nafsu. Kita semua hendaklah sama-sama berjihad mengawal hawa nafsu merokok (bagi perokok).

Marilah ramai-ramai kita memboikot rokok. Usah bicara perjuangan menentang Zionis jika rokok masih dibibir. Meeting punya meeting, berhimpun bersemangat mengecam kekejaman Zionis tetapi hisap Gudang Garam atau Dunhill sehari tiga kotak.

Rokok-rokok dari Indonesia juga semuanya adalah milik Rothschild.

Tidak percaya rokok penyumbang kekejaman Zionis?
  • Jumlah penduduk dunia : 6.5 bilion
  • Jumlah orang Islam : 1.3 bilion
  • Jumlah perokok di dunia : 1.15 bilion
  • Jumlah Muslim yang merokok : lebih kurang 400 juta
  • Pengeluar rokok terbesar di dunia : Phillip Morris
Sumbangan Phillip Morris kepada Israel ialah 12 % daripada keuntungan yang mereka perolehi belum termasuk sumbangan syarikat-syarikat lain.

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Phillip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Phillip Morris sehari (US$200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Phillip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris mendapat untung bersih US$20 juta sehari daripada umat Islam sahaja,

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US$28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$300 juta setahun tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok yang lain.

Umat Islam yang merokok membakar US$400 juta sehari. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$500 setahun. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah anda berapa apa-apa?