Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan dan penampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh, mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan. Bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat Allah S.W.T. Apabila dilaknat, mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan telah ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. Hadis Imran Bin Hussein r.a., bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang tang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan." Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." (Hadis Sahih yang ke 19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan lain-lain. Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru pulang dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang, kemalangan dan sebagainya.
Jenis-jenis gelang yang diharamkan bagi lelaki :
- Gelang Kayu Koka.
- Gelang Kristal.
- Gelang Tasbih.
- Gelang Getah Plastik.
- Gelang Besi Magnet.
- Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis-jenis gelang yang diharuskan :
- Gelang pesakit semasa berada di hospital.
- Gelang pesalah atau penjenayah.
- Gelang kaki bagi pesakit jiwa atau gila.
Sekiranya ada yang hendak memakainya, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
Wallahualam.