Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, rindu orang ini. Cemburu orang itu, cemburu orang ini.
Lewat bangun subuh, tetapi lebih risau jika lewat ke tempat kerja. Tidak risau sangat jika solat lambat. Balik rumah dan lewat, solat Asar entah ke mana, solat Maghrib entah ke mana.
Perut lapar cari makanan. Duit tiada, pergi bank. Rasa tidak tenang ada benda yang tidak kena, pakai earphone dengan lagu entah apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al-Quran tidak bersentuh, masjid tidak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet : "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat." Tanpa rasa tersentuh, hati mula berkata, "Benda sudah selalu diingatkan."
"Aku tahulah Allah itu Maha Melihat. Malaikat itu sentiasa mencatat." Teruskan dengar pula lagu Mr. Saxobeat dan online lagi. Main game. Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut dari pagi memandang kita.
Terbangun solat Subuh lewat, Allah mengetahui. Malaikat kiri dan kanan tahu. Malaikat maut pun tahu. Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
Baca Al-Quran? Nanti-nanti boleh. Malaikat maut menjengah lagi. Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online, tengok jam, awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi ambil wudhuk dan solat. Itu alhamdulillah solat. Yang terus tidak solat sebab alasannya dah terlewat? Bagaimana?
Malaikat maut ziarah lagi. Nasib tidak nampak je malaikat maut itu. Kalau nampak, pasti masing-masing tiada masa hendak buat benda lagha. Setiap masa pun hendak buat baik sahaja.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend atau girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat Subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi."
Baru hendak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah... Sudah. Siapa pula hendak mengacau.
"Hendak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononya ada orang kacau waktu mengantuk macam ini.
"Hendak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
"Ah... Macam mana ini. Aku belum sempat baca Al-Quran. Aku dah lama tidak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ini yang aku sengaja tinggal hendak buat macam mana ini. Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh."
Tepuk dahi.
"Esok dah janji dengan kawan hendak main futsal. Dah janji hendak mesej awek. Esok kena hantar paperwork, deadline. Macam mana ini.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik. Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa hendak ambil nyawa.
Selama ini leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati itu bila-bila sahaja. Tetapi... Semuanya sudah terlambat. Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Hendak mati dalam keadaan sudah bertaubat atau hendak mati dalam keadaan sibuk berbuat maksiat?
Jaga aurat wahai sahabat-sahabatku.
Tepuk dada, tanya iman.
Malaikat maut melihat kita 70 kali sehari.