Konspirasi Yahudi Dan Dajjal

Ketika ini seluruh umat Islam di dunia menumpukan perhatian pada krisis di Mesir dan Syria. Tetapi sedarkah kita bahawa ini adalah episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka fasa berikutnya. Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin. Sebaliknya Mekkah dan Madinah dan tahukah anda Mekah dan Madinan kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) bermula dengan 
  • Kerajaan Turki Uthmaniyah yang ditumbangkan dan jatuh ketangan puak sekular ekstreme walaupun kini diperintah pemimpin Islamik Erdogan. Hakikatnya beliau hanyalah boneka yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.
  • Palestin yang sebelum ini makmur di bawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak Kufar sebelum diserahkan pada Zionis.
  • Iraq yang merupakan satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan Amerika Syarikat dan negara salib.
  • Afghanistan yang merupakan negara mundur memiliki hasil bumi paling kaya di dunia dirampas oleh Amerika Syarikat dan segala hasil buminya disalur kepada Zionis.
  • Libya pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat negara salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan 'Arab Spring'. Rakyatnya dihasut untuk bangkit dan dibantu dengan bersungguh-sungguh oleh Tentera NATO.
  • Syria adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalam medan perang Armageddon yang melibatkan Dajjal dan Imam Mahdi.
  • Mesir walaupun diserahkan kepada Dr. Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh tentera Firaun moden, Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga umat Islam supaya tercetusnya perang Armageddon dengan segera.
Lihatlah di peta. Semua negara disekeliling Mekkah dan Madinah telah ditawan dengan sistematik. Di akhir zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa tempat suci umat Islam iaitu Kaabah akan diruntuhkan oleh lelaki dari Habsyah yang diberi kepercayaan memerintah kerajaan Rom.


Siapakah lelaki Habsyah ini? Semua sedia maklum. Kerajaan Rom di zaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai Amerika Syarikat melalui sejarah panjangnya dan satu-satunya lelaki Habsyah yang memerintah Amerika Syarikat ialah presiden terkini mereka iaitu Barrack Obama. Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah S.A.W. mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani :

"Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah bila masa Kaabah akan diruntuhkan dan pelakunya seorang lelaki berketurnan Habsyah yang dilantik menjadi pemerintah Roman".

Subhanallah. Kita semakin hampir ke arah itu.

Wallahualam.

Dajjal Di Segitiga Bermuda

Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud yang bertajuk 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda'. Perihal Dajjal atau Samiri telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu dan menyesatkan Bani Israel.

Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah terbongkar. Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar. Keluarga Dajjal berasal dari kampung yang bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudia harinya menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s.

Kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Nabi Musa a.s. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka. Setelah sampai beberapa ketika, Allah S.W.T. menurunkan bala ke aras penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang ingkar ajaran Nabi Ibrahim a.s. telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah S.W.T. mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril a.s. memelihara Samiri atas arahan Allah S.W.T. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari Al-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa dengan binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia. Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa a.s. di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa a.s. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.

Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa a.s. lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa a.s. juga tidak mengetahui bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa a.s. meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun a.s., maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam Al-Quran, Surah Ibrahim.

Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama. Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakannya mampu bagi ia menyamar diri sebagai Tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.

Naum begitu, Dajjal masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaanya dianggap sebagai Tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perjalanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai Tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.

Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia. 

Mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda? Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar. Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.

Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi yang masih disimpan turun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya ke atas pengikut-pengikut Nabi Musa a.s., Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada di dalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, pertolongan itu tidak mungkin melampaui permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran, Surah As-Shod, ayat 35 :

"Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku..."

Wallahualam.

Pelan Strategik Yahudi Zionis Sedang Dilaksanakan Tanpa Kita Sedari

Pelan strategik Yahudi Zionis sedang dilaksanakan tanpa kita sedari :

MENGURANGKAN POPULASI DUNIA SEHINGGA 90%.

Sedarkah kita dunia kini secara global sedang sengit bergolak dan berada pada saat genting diambang Perang Dunia Ke-3? Jika berlaku perang dunia, apakah negara kita tidak akan diseret masuk ke dalam kancah perang dunia? Sejarah melalui Perang Dunia Pertama dan Kedua telah mengajar kita bahawa segala aktiviti kehidupan manusia seluruh dunia akan lumpuh, ekonomi, politik dan sebagainya akan terhenti dan keadaan akan menjadi huru-hara.

Seperti paparan maklumat yang disampaikan sebelum ini, agenda pertama Yahudi Zionis melalui cabang-cabang pertubuhannya seperli Illumicorp, watak-watak Yahudi Zionis yang dipegang oleh keluarga Rothschild menguasai sistem perbankan dan kewangan dunia telah tercapai. Mereka berjaya memerangkap umat Islam dan masyarakat dunia dengan sistem kewangan jahat iaitu apa yang Islam panggil sebagai 'RIBA'.

Sistem kewangan adalah asas kepada ekonomi samada pada skala mikro atau makro. Umpama tok dalang wang kulit. Keluarga Rothschild adalah pencetus kepada Perang Dunia Pertama dan Kedua dan dalam masa yang sama membiayai kerajaan-kerajaan Barat seperti Britain, Perancis dan Jerman untuk bajet logistik perang tersebut. Mereka juga menjadi batu api, mengadu domba masyarakat dunia agar terlibat dengan peperangan supaya mereka dapat mengaut untung dan memuaskan nafsu serakah mereka. Bila perang berakhir, negara-negara yang berhutang tidak mampu untuk melunaskan hutang mereka.

Inilah apa yang mereka inginkan, yang berhutang akhirnya terpaksa tunduk kepada yang memberi hutang. Mereka akan diangkat menjadi penasihat kerajaan-kerajaan dan segala kemahuan mereka terpaksa dipatuhi. Kekayaan menjadi senjata ampuh bagi keluarga Rothschild untuk menguasai kewangan Eropah dan Amerika Syarikat dengan memiliki hak menubuhkan bank-bank pusat di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (Federal Reserve Bank). Secara tidak langsung mereka menguasai dunia keseluruhannya kerana merekalah yang berkuasa dalam Bank Dunia.

Kini mereka telah pun menyiapkan pelan agenda seterusnya untuk menguasai dunia. Mereka yakin dengan kemampuan mereka dan merasa kuasa dunia ditangan mereka. Bagi memudahkan mereka mentadbir dunia secara total, populasi dunia mesti dikurangkan sehingga 90%. Berapakah jumlah bilangan manusia, 90% dari populasi manusia kini yang berjumlah 7 bilion orang? Jawapannya adalah 6.3 bilion atau dalam angkanya adalah 6,300,000,000 orang. Cara mudah dan cepat untuk melenyapkan manusia seramai itu adalah PERANG DUNIA KETIGA dengan SENJATA NUKLEAR. Bom nuklear adalah beribu kali ganda kuasanya dari bom atom yang pernah dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Mungkin ada dikalangan anda tertanya-tanya, jika perang nuklear berlaku, apakah mereka akan selamat? Mereka yang merancang, sudah tentu mereka telah membuat persiapan yang rapi. Mereka telah membina 'bunker-bunker' malah istana bawah tanah yang akan kebal nuklear, cukup lengkap dengan bekalan serta logistiknya sehingga dunia kembali bersih dari persekitaran radioaktif nuklear. Mereka yakin sungguh perancangan mereka akan berhasil, namun kita sebagai umat Islam mesti menyakini dengan iman yang teguh bahawa rencana Allah S.W.T. jua mengatasi segalanya.

Sementara sampai masa terjadinya perang nuklear, mereka mempunyai cara-cara lain yang sememangnya dijalankan secara rahsia. Tidak perlu saya huraikan secara lebar kerana pembacaan menjadi satu yang membosankan ramai orang. Lebih baik anda saksi dan dengar sendiri paparan interaktif berikut. Jika anda insaf untuk mengambil tahu apa yang sedang berlaku di zaman yang sedang kita lalui sekarang ini.

Dr. Ismail Al Faruqi - Mangsa Konspirasi Dajjal


Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi, dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921. Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia sains sosial. Maka tidak hairanlah jika beliau dikatakan mahir semua jenis bidang dalam sains sosial seperti psikologi, antropologi, sosiologi dan sejarah.

Kemasyuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute Of International Islamic Thought (IIIT).

Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial.

Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasuki pencuri seperti yang dilaporkan media Amerika. Kematiannya dirancang oleh agen-agen Dajjal. Bagi mereka, Dr. Ismail perlu mati bagi memastikan strategi konspirasi Dajjal dalam ilmu sains sosial berjalan lancar.

Apa Yang Dibongkarkan Beliau?

Dalam setiap karya, kajian, disertasi dan bukunya, beliau tidak menyebut langsung tentang Dajjal dan beliau bukanlah penkaji hal ehwal Dajjal. Tetapi beliau amat menyedari bahawa pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.

Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford sedang bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar Muslim.

Dr. Ismail Al-Faruqi menjelaskan bahawa, "Disiplin yang dipanggil oleh Barat sebagai sains sosial hanya baru menjangkau usia satu abad."

Beliau menegaskan lagi seterusnya, "Walaupun disiplin-disiplin ini telah mencapai status autonomi di universiti-universiti hanya pada abad lepas, tetapi tekanan yang membawa kepada kemunculan dan kejayaannya telah pun bermula sejak dua abad sebelum itu."

Pendedahan Dr. Ismail.

Dr. Ismail juga menyatakan bahawa semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.

Pelajar-pelajar Muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari Barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis Barat berbanding sumbangan sarjana Islam.

Buku-buku rujukan cetakan universiti Barat secara berstrategik tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr Al-Farabi yang menulis buku bertajuk Oponion Of Citizens Of Uthopia pada 950 M. Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya. Mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.

Pensyarah-pensyarah Muslim berpendidikan Barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di Barat.

Strategi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial.

Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi dari segi kuasa ekonomi tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan khususnya sains sosial.

Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk universiti-universiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.

Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapu hasilnya kini amat memberangsangkan.

Sehingga sekarang pensyarah-pensyarah bidang sains sosial menjadikan universiti Barat sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.

Serangan Balas Dr. Ismail Al-Faruqi.

Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.

Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba memperkenalkan kaedah ilmu alternatif bagi menandingi pengaruh sains sosial Barat.

Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat kemaraan unsur-unsur penipuan sains sosial Barat. Gagasan itu diberi nama Pengislaman Ilmu. (Islamization Of Knowledge).

Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktif menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut. Kebanyakkan kertas kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Komplot Pembunuhan Dr. Ismail.

Dajjal tahu gagasan ini ancaman besar kepada strateginya dalam dunia sains sosial. Suatu konspirasi dijalankan agar memastikan Dr. Ismail dan isterinya, Dr. Louis Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.

Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut, anak perempuannya, Anmar Al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan.

Pihak polis Pennsylvania mengklasifikasikan kes pembunuhan ini sebagai kes samun bunuh. Namun yang menjadi persoalan berbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam, mengapa tiada satu pun barang berharga dicuri? Malah yang hilang bukannya duit tetapi kertas-kertas kerja beliau.

Kes ini ditutup dan tidak dibuka semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti Islam.

Ramai pihak mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Jewish Defense League (JDL). Ini berdasarkan teks ucapan presiden JDL seminggu sebelum kejadian yang mengatakan dalam ucapannya "......seorang profesor Palestin harus disingkirkan..."

Sebelum kematian Dr. Ismail Al-Faruqi pada 1986, rakannya yang bernama Alex Odeh iaitu pengasas bagi Arab-American Anti Descrimination Commintte juga disyaki dibunuh oleh ahli kumpulan JDL. Laporan menyebut sebuah bom telah meletup ketika Alex sedang membuka pintu pejabatnya di Santa Ana. Kejadian ini berlaku pada 6 Februari 1985.

Kesimpulan.

Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya.

Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaraskan bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain.

Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari.

Wallahualam.

Tragedi MH370 Dan MH17 - Konspirasi Dajjal



Inilah wajah mereka yang menghalang penubuhan Federal Reserve Bank Of America.


Penubuhan badan yang bakal menguasai kewangan dunia. Bila badan yang amat berkuasa di Amerika ini batuk, seluruh dunia mengigil demam.

Naik turun kadar interest yang ditentukannya menentukan kedudukan kewangan dunia dan turun naiknya nilainya. Ia dikuasai oleh anggota Iluminati.

THEY ALL PERISHED.
MATI DALAM KAPAL TITANIC.

APA PULA KAITANNYA DENGAN PESAWAT MH370?

FBI umumkan juruterbang pesawat tidak berkait dengan kemalangan atau apa-apa yang mengesyakinya.

"MH370 : FBI found nothing sinister in Capter Zahari's flight simulator," says Hisham.

FBI dan CIA dari awal berminat mahu masuk campur urusan penyiasatan. Tikus mahu diberi tugas menjaga beras. Bukan kita syak apa-apa dengan juruterbang, tetapi kita syak FBI dan CIA mahu menghalang sesuatu dari diketahui.

APA ADA DALAM PESAWAT MALANG MH370?

Which leads to the one incontrovertible fact about the missing plane. The people who died on it.

And the company that seems to have changed hands because of their deaths.

Twenty passengers on the ill-fated Malaysian jetliner worked for the Austin, Texas-based Freescale Semiconductor, an electronic warfare and military radar firm.

Freescale Semiconductor, which makes powerful microschips for industries including defence, released powerful new products to the American market on March 3.

Five days later, Flight MH370 took off from Kuala Lumpur for Beijing with 239 people on board including 20 working for Freescale.

The theory of one story is that foyr of the five patent holders were on the ill-fated plane, although the passenger list doesn't seem to back it up.

"The patent holders are Peidong Wang, Suzhou, China (20%), Zhijun Chen, Suzhou, China (20%), Zhihong Cheng, Suzhou, China (20%), Li Ying, Suzhou, China (20%) and Freescale Semiconductor (20%). According to the March 8, 2014, passenger manifest (original) of Malaysia Airline Flight 370 these were not on that plane. If they were, their name were not listed."

"What officials initially said, however, was as many as seven people on board were using passports other than their own. Officials also reported at one point that there were four other passengers aside from the two Iranians whose identities were unclear. Then, officials made no more public statements about this."

Bermakna selain membawa orang bernilai, pesawat ini juga telah membawa perkara yang bernilai.

Dengan terhapusnya mereka di dalam pesawat, bermakna mereka yang masih ada dan wujud akan mendapat kesemua baki 'patent'.

Four days after the flight MH370 disappear, semiconductor patent was approved by the US patent office patent is divided in parts of 20% between five starters. One of the owners is the company itself, Freescale Semiconductor, Austin, Texas (USA) and the other four Chinese employees of the company, Peidong Wang, Zhijun Chen, Cheng and Li Ying Zhijong, all the Suzhou City. And they all passengers of Malaysia Airlines plane disappeared on March 8, according Eternity.

It adds : "Here is your motive for the missing Beijing plane. As all four Chinese members of the Patent were passengers on the missing plane."

Siapa yang mendapatnya? Dan siapa yang memperoleh keuntungan dari semua ini?

Ya. Rothchild



"The disappearance of four members of a patent semiconductor traveling on Malaysia Airlines MH370 makes the famous billionaire Jacob Rothschild at the sole owner of the important patent."

Harus diketahui tanda tangan perbuatan Dajjal adalah tiada siapa boleh mengesannya, akan banyak teori akan wujud dan ramai yang akan menjadi suspek. Itulah signature Dajjal.

PEMBUNUHAN J. F. KENNEDY DAN PERISTIWA 9/11.

Dalam peristiwa pembunuhan J. F. Kennedy, ramai yang menjadi suspek, banyak kejadian tuduh menuduh dan shingga kini masih belum sah siapa yang mengarah pembunuhnnya secara rasmi.

Maka sah itulah kerja Dajjal dan Iluminati.

Kemudian peristiwa 9/11 sama juga, kononya pengganas Arab. Kemudiannya Mossad dan akhirnya masih kabur siapa punya kerja. Itulah signature Dajjal dan Iluminati.

Kesemua 74 orang yang berkait dengan konspirasi pembunuhan J. F. Kennedy lenyap satu persatu selepas itu.

"Though much of the evidence has been destroyed over the years and more than 74 people who knew about the conspiracy have been murdered to keep them silent. The evidence that still remains is overwhelming. It was Bush Sr. and all of his Nazi Iluminati buddies in the CIA, together with the help of the Italian Mafia that killed Kennedy."

Mereka yang di atas seperti Rockefeler dan Rotschild bukanlah Dajjal tetapi adalah anggota utama Iluminati yang menyembah syaitan dan mengikut arahan dari Dajjal.

Apa kaitan MH370 dengan kisah Dajjal? MH370 hanyalah mangsa. Bukan MH370 yang disasarkan mereka tetapi apa yang ada di dalam kandungannya, otak-otak saintis dan juga hasil kerja mereka.

Ingatlah sebelum munculnya Dajjal yang mana persiapan menyambutnya sedang rancak dilaksanakan oleh Yahudi. Bumi harus dikurangkan jumlah penduduknya jika boleh sebanyak 500 juta sahaja. Jumlah yang manageble.

Ini akan dijayakan dengan penciptaan Perang Dunia Ke-3.

Jumlah sedikit yang boleh dikawal pada perkiraan Dajjal adalah untuk berhadapan dengan Nabi Isa a.s. dan pengikutnya.

Semua orang boleh berteori asalkan ada 'backup note'.

Semua orang juga boleh menafikan, tetapi harus ada 'backup note' juga untuk menafikan.

Negara jiran juga tahu tetapi terpaksa berlakon kerana takut kepada kekuatan kuasa yang merencanakannya.

MH17

Peristiwa malang terjadi kepada pesawat negara MH17 adalah hasil operasi 'false flag'. Ini adalah modus operandi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar.

Ketika itu juga, kita melihat bagaimana Amerika dan sekutunya sedang memasang jarum, mencucuk Russia di Ukraine. Kita telah melihat bagaimana Syria menjadi mangsa proksi Zionis ini dalam strategi untuk mengepung Iran dan kini pula terhadap Russia.

Minggu lalu dunia telah melihat Vladimir Putin yang mewakili Russia sebagai peneraju bersama pemimpin Brazil, India, China dan South Africa (BRICS) telah bersatu untuk memecah hagemoni ekonomi Amerika.

Negara-negara ini merancang untuk meninggalkan dolar sebagai sandaran mata wang dan menggunakan mata wang mereka sendiri yang bersandar kepada emas.

Kini telah tiba masanya pakatan BRICS ini membebaskan ekonomi dunia yang dimonopoli melalui sistem mata wang dollar dari kuasa imperialis Amerika yang dikuasai oleh Israel.

Akan tetapi untuk melaksanakan mata wang yang bebas dari pengaruh dolar bukanlah satu tugas yang mudah. Mana-mana negara yang cuba bangun melawan pasti akan diserang. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Bung Karno, Saddam Hussein, Muammar Ghadaffi, Basyar, Iran, Cuba, Venezuela dan Korea Utara? Pemimpin mereka tidak akan melutut kepada Amerika sama sekali.

Amerika amat memerlukan peperangan untuk menguasai kepentingan ekonomi dunia. Hutangnya yang bertrillion kepada bank dunia (Rothchild) sudah tidak mampu untuk dibayar akibat perbelanjaan perang 'War On Terror'.

Laporan dari Global Research yang berpangkalan di Canada.

"It is not Moscow, but the US and its European allies, led by Germany (Rothschild), who are changing 'borders by force' and provoking Russia. Washington and Berlin first orchestrated the fascistled February 22 putsch to replace the elected, pro-Russian goverment of Presidnt Viktor Yanukovych with a pro-Western puppet regime. The West of course knew that the installation of a violently anti-Russia regime in Kiev would provoke a reaction from both Moscow and in eastern Ukraine."

Russia pastilah tidak akan membekalkan sebarang senjata kepada pejuang di timur Ukraine kerana sebarang senjata yang digunakan atau disalahgunakan pastilah akan membawa petunjuk kembali ke Moscow.

Hakikatnya ini adalah satu lagi teori konspirasi terancang (False Flag) untuk mengolah persetujuan dunia bahawa Russia terlibat dalam insiden MH17 bagi menjustifikasikan pihak NATO untuk menyerang Russia.

Sebelum ini, peristiwa 9/11 di New York telah dipentaskan kepada dunia bagi membolehkan Amerika yang dikuasai Zionis Yahudi menakluk Afghanistan, Iraq, Libya untuk menyedut ekonomi negara ini atas nama terrorisma.

Pelbagai andaian dibuat seperti pihak mana yang bertanggungjawab meletupkan MH17 samada pihak Ukraine mahupun Russia. Tapi pada pandangan saya pihak yang memusuhi Russia yang bertanggungjawab kerana baru-baru ini Brazil, Russia, India, China dan South Africa bergabung untuk menggunakan sistem kewangan bebas dari pengaruh Rothschild.

Yahudi atau Amerika cukup takut kalau ada pihak lain yang pegang kuasa perbankan. Terutamanya Russia yang juga ada kekuatan sumber minyak dan gas.

Mereka sedang ingin melaga-lagakan Malaysia dengan China dan Russia supaya tercetusnya perang.

Wallahualam.

Illuminati Dan Kumpulan 300. Siapakah Mereka Ini?

The New World Order :

Kumpulan rahsia Iluminati (agen Dajjal, penyembah syaitan) adalah musuh Islam paling berbahaya. Mari kita kenali lebih dekat dan sedikit dalam kumpulan ini dan apakah sebenarnya cita-cita mereka terhadap dunia.

Menurut catatan Jerry D. Gray, seorang bekas Tentera Udara US yang kini telah memeluk Islam, cita-cita Iluminati dan Kumpulan 300 adalah :
  • Membentuk Pemerintahan Dunia Baru atau New World Order dengan gereja dan sistem kawalan di bawah pemerhatian mereka. Pemerintahan NWO telah mendirikan gereja sejak 1920-an lagi. Ini kerana Iluminati menyedari agama adalah sebahagian daripada keperluan yang perlu wujud dalam diri manusia. Namun 'gereja' yang mereka maksudkan adalah bagi mewujudkan keyakinan masyarakat kepada kumpulan ini demi mencapai cita-cita mereka.
  • Menghilangkan nilai kebangsaan dan kenegaraan dalam diri manusia supaya fahaman NWO mudah untuk difahami dan disebarkan.
  • Memberi sokongan dan membenarkan penggunaan ubat-ubatan dan memfilemkan pornografi sebagai seni. Perkara ini membuatkan ia diterima secara terbuka dan normal bagi masyarakat.
  • Menyusup masuk dan menumbangkan semua kerajaan dan bekerja dari dalam bagi menghancurkan integriti kedaulatan sebuah kerajaan.
Ini adalah antara sebahagian tujuan kumpulan Iluminati ini. Bermacam-macam lagi rancangan dan matlamat mereka bagi menguasai dunia dan mewujudkan NWO. Kalau kita tengok misi mereka bagaikan kerja gila dan mustahil. Tetapi matlamat sebegitulah yang mereka mahukan dan membuatkan ramai manusia sukar untuk percaya.

Sebagai contoh matlamat yang keempat dalam meruntuhkan sesebuah kerajaan, di mana telah banyak negara yang musnah dan telah dikuasai oleh kumpulan ini dengan mewakilkan kepada USA dan PBB seperti Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya dan kini Syria malah Arab Saudi sendiri.

Di antara ahli Kumpulan 300 adalah :
  • Keluarga Di Raja Britain
  • Keluarga Di Raja Belanda
  • House Of Hapsburg
  • House Of Orange
  • Duke Of Alba
  • Putera Phillip Duke Of Edinburgh
  • Lord Carrington
  • Lord Halifax
  • Winston Churchill
  • Cecil Rhodes
  • Ratu Elizabeth II
  • Ratu Beatrix
  • Raja Norway Hakoon
  • John Forbes
  • Bush
  • George W. Bush
  • Henry Kissinger
  • JP Morgan
  • David Rockefeller
  • David and Evelyn Rothchild
  • Ted Turner
Dan di antara mereka yang bekerja bagi menjayakan New World Order adalah :
  • Lord Jacob De Rothschild (dalang sebenar tragedi MH370 & MH17)
  • David Rockefeller
  • Nathaniel
  • Baron John De Rothschild
  • Nathan Warburgm
  • Henry Kissinger (perisik pemusnah global)
  • George Soros (penasihat Yahudi dan spekulator kewangan)
  • Paul Vocker (seorang Yahudi Kripto dan penasihat ekonomi Obama)
Mereka ini selalu membuat pertemuan sulit di merata dunia bagi membincangkan isu-isu penting dalam menjayakan matlamat ini. Dan di antara pertemuan penting yang dapat di kesan adalah pertemuan sulit Kapitalis dan ahli politik Yahudi berpengaruh di Hotel Bilderber, Amherm, Belanda pada 1954 yang digelar ahli Bilderberg. Mereka bertemu setiap tahun samada di Eropah mahupun Amerika Syarikat.

Walaupun pengenalpastian ahli-ahli Iluminati adalah semasa tahun 50-an dan 60-an mahupun 70-an, akan tetapi ianya sentiasa mewujudkan pelapis yang baru dari mereka yang berpengaruh samada dalam ekonomi, media, perbankan, pedagang emas dunia dan ramai lagi.

Manakala negara yang menyumbang kepada New World Order ini samada secara pengaruh mahupun kewangan adalah :
  • Amerika Syarikat
  • England
  • China
  • Israel
  • Australia
Manakala negara lain yang telah teguh dikuasai samada secara politik dan kewangan adalah Jerman dan Perancis yang dulunya telah digulingkan secara revolusi rakyat melalui rancangan sulit dan terancang serta penghapusan etnik yang masyur oleh Adolf Hitler terhadap Yahudi Ortodox demi menubuhkan negara Dajjal, Israel.

Ini adalah sebagai sedikit pengenalan tentang kumpulan Iluminati serta matlamat mereka dalam menguasai dunia.

Wallahualam.

10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan


  1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan 'Jalan Kearag Akhlak' di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
  2. Tidak ada kegagalan pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi.
  3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji. Ibu bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.
  4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan,
  5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
  6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
  7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai 'Jurutera Kesihatan yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
  8. Di larangan menggunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup dan dinamakan status 'silent' dihandphone sebagai 'akhlak/etika'.
  9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan di atas pinggan.
  10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun. Ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.