Dajjal Di Segitiga Bermuda

Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud yang bertajuk 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda'. Perihal Dajjal atau Samiri telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu dan menyesatkan Bani Israel.

Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah terbongkar. Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar. Keluarga Dajjal berasal dari kampung yang bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudia harinya menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s.

Kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Nabi Musa a.s. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka. Setelah sampai beberapa ketika, Allah S.W.T. menurunkan bala ke aras penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang ingkar ajaran Nabi Ibrahim a.s. telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah S.W.T. mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril a.s. memelihara Samiri atas arahan Allah S.W.T. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari Al-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa dengan binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia. Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa a.s. di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa a.s. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.

Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa a.s. lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa a.s. juga tidak mengetahui bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa a.s. meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun a.s., maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam Al-Quran, Surah Ibrahim.

Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama. Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakannya mampu bagi ia menyamar diri sebagai Tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.

Naum begitu, Dajjal masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaanya dianggap sebagai Tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perjalanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai Tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.

Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia. 

Mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda? Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar. Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.

Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi yang masih disimpan turun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya ke atas pengikut-pengikut Nabi Musa a.s., Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada di dalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, pertolongan itu tidak mungkin melampaui permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran, Surah As-Shod, ayat 35 :

"Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku..."

Wallahualam.