Michael Jackson adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan macam-macam lagi. Walaupun beliau sudah melakukan pelbagai kebaikan, Michael Jackson masih gagal mencari ketenangan hati.
Sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan beliau membina Neverland iaitu tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan bergembira di situ.
Namun Michael Jackson telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya, Jermaine Jackson setelah memeluk Islam. Michael Jackson telah membuat satu kenyataan gempar di satu sidang media pada tahun 1989.
"I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam..."
"Saya telah melihat Islam di dalam kehidupan abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam. Dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu..."
Sejak kenyataan itu, hidup Michael Jackson tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasrama dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan Michael Jackson berada ditahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat Michael Jackson melihatnya sebagai ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence Michael Jackson berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak media Amerika, Michael Jackson tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, Michael Jackson berkawan rapat dengan Yusof Islam (Cat Steven). Dari Yusof Islam, Michael Jackson belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, Michael Jackson telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu 'Give Thanks Yo Allah' khas untuk dinyanyikan oleh Michael Jackson pada bila-bila masa beliau bersedia.
Yusuf Islam
Zain Bhikha
MICHAEL JACKSON MEMELUK ISLAM
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, Michael Jackson telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana beliau menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah Michael Jackson mula mendalami Islam. Michael Jackson belajar solat dan baca Al-Quran selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, Michael Jackson pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada Disember 2008, Michael Jackson telah pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, Michael Jackson mempunyai agenda yang tersendiri. Beliau memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang beliau adalah seorang Muslim. Malah Michael Jackson juga mahu menyanyikan lagu ciptaan Zain Bhikha, Give Thanks To Allah pada konsertnya bersama Yusuf Islam. Sebab itulah Michael Jackson memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya dan bukannya di Amerika kerana takutkan pihak berkuasa Amerika.
Pada 12.30, 25 Jun, Michael Jackson memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. Michael Jackson berkata, "Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya sudah bersedia untuk konsert ini." Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, Michael Jackson pulang ke hotel.
Tetapi pada jam 2.26 petang, kita semua diumumkan dengan kematian beliau!
Semasa 911 dihubungi, banyak soalah yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa itu Michael Jackson dan di mana Michael Jackson berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dan bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga Michael Jackson telah mengupah doktor peribadi untuk membuat autopsy kepada Michael Jackson. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata Michael Jackson mati keran terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut Michael Jackson tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan Michael Jackson dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan Michael Jackson.
Dalam CNN semasa ditemubual, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
"Saya suka Michael Jackson. Saya membesar dengan mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya."
Pelikkan. Kenapa seorang presiden beria-ria mengatakan bahawa tiada konspirasi dalam kematian Michael Jackson sebelum keputusan rasmi autopsy Michael Jackson dikeluarkan? Barrack Obama seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kalau betul Michael Jackson hendak membunuh diri, buat apa beliau bersemangat berlatih selama 2 bulan untuk konsert terakhir beliau?
Keluarga Michael Jackson inginkan Michael Jackson dikebumikan secara Islam. Tetapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumiannya secara Islam dilakukan secara awam (dalam TV). Ugutannya ialat Katherine, ibu Michael Jackson tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak Michael Jackson sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk mengebumikan Michael Jackson secara Islam di Neverland. Tetapi dengan satu syarat iaitu satu pengebumian palsu secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua lihat di kaca tv. Sebab itulah keranda Michael Jackson ditutup dan tidak dibuka. Sebabnya, mayat beliau tidak pernah ada di dalam keranda tersebut. Ini semua dilakukan semata-mata mahu memberitahu dunia yang Michael Jackson bukan seorang Islam.
Sudahlah dengan kematian Michael Jackson. Konspirasi yang sama juga terjadi dengan kematian Princess Diana, Martin Luther King, Marilyn Monroe, Elvis Presley dan John F. Kennedy. Semua ini satu konspirasi kerana mereka takutkan jumlah penganut agama Islam kian bertambah. Setiap karakter-karakter yang mati, semuanya yang mencipta nama dan mempunyai peminat-peminat mereka yang tersendiri.
Setiap individu yang mencipta nama yang telah mati, semuanya menyangkal setiap apa niat dan tujuan yang telah 'The Elit' berikan kepada mereka.
'The Elit' merupakan golongan yang menjalankan segala arahan yang telah dikeluarkan daripada Dajjal dan setiap mereka yang mengingkarinya, pasti akan dihapuskan demi mengelakkan konspirasi mereka terbongkar.
Marilah sama-sama kita meneliti petikan lirik lagu yang diambil daripada salah satu lagu Michael Jackson, 'They Don't Care About Us'.
Bang bang, shot dead,
Everybody's gone mad,
All I wanna say is that, they don't really care about us,
All I wanna say is that, they don't really care about us,
Beat me, hate me,
You can never break me,
Will me, thrill me,
You can never kill me,
Jew me, sue me,
Everybody do me,
Kick me, kick me,
Don't you black or white me,
All I wanna say is that,
They don't really care about us.
Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka
All I wanna say is that,
They don't really care about us,
Tell me what has become of my life,
I have a wife and two children who love me,
I am the victim of police brutality, now,
I'm tired of being the victim of hate,
You're raping me of my pride, Oh, for God's sake,
I look to heaven to fulfill its prophecy,
Set me free, skin head,
Dead head, everybody gone bad,
Trepidation, speculation,
In the suite, on the news,
Everybody dog food.
Black man, black mail,
Throw your brother in jail,
All I wanna say is that,
The don't really care about us.
'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan sselaga bentuk penindasan dan peperangan.
Marilah sama-sama kita membuka minda dan menyedari hal yang kian serius ini.