"... dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Dan bukanlah Nabi Sulaiman a.s itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri Babil." QS. AL-Baqarah : 102
Illuminati mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri.
Rothschild dan The Hidden Hand mempunyai cara khas untuk melakukan konspirasi Dajjal.
Ia bukan cara biasa seperti membunuh penduduk Iraq dan Palestin atau penduduk kampung di Myanmar tetapi perlu dirancang dalam memilih angka tarikh, masa dan tempat termasuk nombor plat kenderaan dan kapal terbang supaya mengikut kepercayaan sihir yang dianuti, bagi mendapat berkat dan rahmat The All Seeing Eye (Dajjal), sepertimana tarikh 9/11 dan kejadian malang ke atas pesawat Malaysia MH370 dan MH17.
Harus diketahui tanda tangan perbuatan Dajjal adalah tiada siapa boleh mengesannya. Akan terdapat banyak teori yang wujud dan ramai yang akan menjadi suspek. Itulah tandatangan Dajjal.
Wajah sebenar Iblis dan Jin telah pun dipamerkan dalam filem-filem Hollywood seperti Harry Potter. Hollywood dan Walt Disney adalah milik Rothschild iaitu penaja utama organisasi penyembah syaitan. Segala bentuk sihir, fizikal, wajah-wajah iblis dan jin dalam filem-filem tersebut bukanlah fantasi tetapi realiti. Mereka telah masuk ke alam syaitan. Malah keluarga Rothschild sering bertemu dengan Dajjal di istana Segitiga Bermuda.
PENEMUAN KITAB SIHIR
Pada perang salib tahun 1099 adalah permulaan awal kepada dunia yang dikatakan moden saat itu. Ketika itu, Jerussalem telah jatuh ke tangan tentera salib. Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawal keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan satu sistem ekonomi sendiri.
Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tidak ternilai harganya. Tepat di bawa Baitul Maqdis atau yang kita semua kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin.
Harta tersebut sebenarnya adalah buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman a.s. merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Al-Aqsa. Knight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari Bani Israil.
Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung langsung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung dan dirantai sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingannya. Sebagai balasan, para penyembah iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman iaitu sebagai istama tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan kelak.
Tetapi saat itu, Jerussalem berjaya dirampas kembali oleh tentera Islam dan Knight Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar dan hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup.
Tetapi kita diajarkan di dalam sejarah, kononnya mereka yang ditangkap itu adalah para ahli saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil dari mereka terselamat.
Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi Freemason. Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Semua pergerakan Illuminati adalah ditaja sepenuhnya oleh Keluarga Rothschild.
Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah 'Renaissance' dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat mulia dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.
Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Di sinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerussalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka 'Dajjal'.
NABI SULAIMAN A.S. DAN RAHSIA YANG TERTANAM DI BAWAH MASJIDIL AL-AQSA
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman a.s. atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman. Nabi Sulaiman a.s. berbeza dari nabi-nabi yang lain kerana baginda diberi Allah S.W.T. boleh menguasai umat manusia dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman a.s. ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah S.W.T. iaitu :
Keyakinan dan ibadah dalam hanya satu Tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman di mana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir di mana amalan sesat ini di ajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalah ini berkaitan dengan jin dan syaitan.
Dalam Islam kita mengetahui bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa jin dan manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Kita semua tidak boleh melihat jin tetapi jin boleh melihat kita, Tidak wujud jin baik atau membantu kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang sama sekali oleh Allah S.W.T.
Jadi arahan Nabi Sulaiman a.s. supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini di mana baginda fikirkan paling selamat iaitu tiada sesiapa yang dapat mencurinya atau memperolehinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa kesatria yang dikenali sebagai 'Knights Of The Temple Of Solomon (Knight Templar) untuk menjaga Kuil Sulaiman.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s. wafat, kesatria menemui apa yang terdapat di bawah kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan supaya mereka dapat masuk ke alam syaitan.
Mereka benar-benar telah jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah S.W.T dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Selama berabad-abad, naskag itu diseludup ke Eropah dan kesatria Knight Templar menggelarkan diri mereka sebagai 'Free Mason'. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia yang diketuai keluarga Rothschild.
Jadi jika Freemason atau Illuminati dah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan harta rahsia ini, mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan Tuhan mereka iaitu Dajjal.