Rothschild Dan Raja Namrud


Raja Namrud (Firaun) adalah manusia yang ingin menguasai dunia yang kini agendanya diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung disebalik nama Rothschild.

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata 'Marad' yang bererti 'membangkang atau murtad'. Dan bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata 'Marad' di dalam bahasa Arab ialah 'Ridda' yang bermaksud 'Murtad'.

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah Kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut satu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon dan kota Nineweh. Dan keinginan Namrud menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itualh yang kini disebut sebagai New World Order.

RAJA NAMRUD TEWAS KERANA SEEKOR NYAMUK


Raja Namrud mati dalam keadaan terseksa apabila Allah S.W.T mengirimkan tentera nyamuk untuk membunuh Raja Namrud dan tenteranya. Raja Namrud terlalu sombong untuk menerima dakwah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan beliau rasa tidak patut untuk menuruti dakwah yang dibawa Nabi Ibrahim a.s.


Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim a.s. :

" Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini."


Begitulah sombongnya Raja Namrud pemerintah Babylon.


Nabi Ibrahim a.s. bermunajat kepada Allah S.W.T sambil berkata,

" Ya Allah, sesungguhnya Raja Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka tentera yang selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk."


TENTERA NYAMUK DARI LAUT



Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah S.W.T memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudia nyamuk bertanya :


" Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?"


Allah S.W.T berfirman :


" Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud."


Tiba masanya Namrud sudah bersiap sedia dan mengumpul ribuan tentera berkudanya, Allah S.W.T mengarahkan tentera nyamuk keluar dari laut. Langit gelap dengan tentera nyamuk.


Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah S.W.T memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Melihat apa yang berlaku kepada tenteranya, Namrud mula berasa gentar tetapi semuanya sudah terlambat. Allah S.W.T memerintahkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya dan berada di dalam rongga itu selama 40 hari.

Penderitaan Namrud sudah tidak tertanggung sehingga kepadanya menjadi sangat sakit. Akibat serangan nyamuk itu, Namrud sudah tidak mampu memerintah. Akibat tidak tahan dengan penderitaan itu, dia meminta isteri dan khadamnya untuk memukul kepadanya dengan tongkat besinya.

Pada mulanya mereka menolak untuk memukul Raja Namrud, namun kerana diancam akan dibunuh, mereka pun bersedia melakukannya. Dengan sekuat tenaga mereka memukul kepada Raja Namrud. Pukulan itu telah menyebabkan Raja Namrud mati dalam kekufuran keran tidak sempat bertaubat kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman,

" Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu aku akan musnahkan juga mereka."


Itulah Namrud yang sebelum itu membakar Nabi Ibrahim a.s. dan seperti yang diceritakan dalam Surah Al-Anbia ayay 68 dan 69.