Pengaruh Illuminati Di Sunway Pyramid


Sunway Pyramid ialah sebuah mercu tanda berbentuk pusat membeli-belah yang terletak di pusat Petaling Jaya. 

Pusat membeli-belah ini dibuka pada bulan Julai 1997 sebagai pusat membeli-belah dan hiburan bertema yang terulung di Malaysia.

Salah satu daripada ciri-ciri rekabentuk yang paling mudah dicam ialah bentuk piramid berilhamkan Mesir Purba dengan patung singa besar yang menjaga di pintu masuk.


Keseluruhan bangunan dihiasi gaya monumen, dilengkapi dengan hieroglif palsu yang menghiasi muka bangunan, disertakan patung dan ukiran berupa Firaun dan rakyat Mesir Purba.

Secara umumnya, binaan di dalam bangunan dan di sekitar kawasan ini berkonsepkan Mesir Kuno yang mengagungkan Firaun dan Singa yang menjadi penjaga Istana Haikal.

Apa yang menyedihkan ialah patung singa yang diagungkan Illuminati ini benar-benar berhadapan dengan masjid.

Semua simbol-simbol Illuminati ini dapat dilihat pada rekabentuk dalaman bangunan ini yang menggunakan simbol dan ukiran ala Firaun seperti di papan tanda arah, nama-nama bilik, simbol tandas dan gerbang pintu masuk utama.

Apa maksud semua ini melainkan bukti kewujudan tangan ghaib puak-puak Illuminati yang telah lama bertapak di Malaysia.

Wallahualam...