Tanda-Tanda Hati Kotor

  • Gelisah walaupun tiada masalah.
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri.
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang.
  • Sombong dan bongkak.
  • Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya.
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
  • Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya.
  • Lidah yang tajam atau laser.
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
  • Menyampaikan ilmu dengan riak.
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
  • Berpakaian elok untuk dipuji.
  • Derhaka kepada kedua ibubapa.
  • Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang.
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
  • Solat yang tidak boleh khusyuk.
  • Kagum terhadap diri.
  • Selalu mencari salah orang.
  • Cinta kepada duniawi.
  • Materialistik.
  • Mudah bersangka buruk terhadap orang.
  • Membesar-besarkan perkara yang kecil.
  • Suka mendengar gosip.
  • Suka menabur fitnah.
  • Menggunakan agama demi kepentingan peribadi.
  • Dengki kerana kepentingan duniawi.

Successful People vs Unsuccessful People

Successful People

  • Read every day.
  • Compliment.
  • Embrace change.
  • Forgive others.
  • Talk about ideas.
  • Continuously learn.
  • Accept responsibility for their failures.
  • Have a sense of gratitude.
  • Set goals and develop life plans.
Unsuccessful People
  • Watch TV every day.
  • Criticize.
  • Fear change.
  • Hold a grudge.
  • Talk about people.
  • Think they know it all.
  • Blame others for their failures.
  • Have a sense of entitlement.
  • Never set goals.

12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki

1) Solat di awal waktu.

2) Jangan buat ibu bapa marah.

3) Rajin menolong orang.

4) Rajin bersedekah.

5) Rajin buang sampah atau halangan di jalan raya.

6) Baca surah Al-Waqiah.

7) Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 1000 kali sehari.

8) Suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit.

9) Tidak mengungkit pemberian.

10) Niat cari rezeki kerana Allah S.W.T

11) Rajin berpuasa sunat.

12) Istighfar 100 kali sehari.

10 Isu Perkara Yang Merosakkan Otak

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
  • Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
2. TERLEBIH MAKAN
  • Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
3. MEROKOK
  • Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
  • Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
  • Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.
6. TIDUR YANG BERLEBIHAN
  • Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
  • Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
8. KURANG BERIMAGINASI
  • Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
9. JARANG BERFIKIR
  • Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN
  • Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Senarai Pemain Berdarah Malaysia

Matthew Davies


Posisi : Pertahanan Kanan
Pasukan : Pahang FC (2015 - kini)
Tempat Lahir : Sydney, Western Australia, Australia
Darah : Malaysia - Australia
Bekas Pasukan :
  • 2010 - 2012 : A.I.S (Australia)
  • 2012 - 2015 : Perth Glory Youth (Australia)
  • 2013 - 2015 : Perth Glory (Australia)
Pasukan Kebangsaan :
  • 2013 : Australia Bawah 19 Tahun (5 kap)
  • 2015 - kini : Malaysia Bawah 23 Tahun (5 kap)
  • 2015 - kini : Malaysia (5 kap)
Pencapaian :
  • The Most Promising Player 2015 (Anugerah Persatuan Bola Sepak Malaysia)

Junior Eldstal


Posisi : Pemain Tengah Bertahan
Pasukan : Johor Darul Takzim FC
Tempat Lahir : Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Darah : Malaysia - Sweden
Bekas Pasukan : 
  • 2004 - 2007 : Aldershot Town (England)
  • 2008 - 2011 : Farnborough (England)
  • 2010 - 2013 : UWE Hartpury Football (England)
  • 2012 - 2013 : Slimbridge (England)
  • 2013 - 2014 : Sarawak FA
Pasukan Kebangsaan :
  • 2013 - 2015 : Malaysia Bawah 23 Tahun (11 kap, 1 gol)
  • 2013 - kini : Pilihan Malaysia XI (8 penampilan)
  • 2013 - kini : Malaysia (4 kap)
Pencapaian : 
  • Juara Liga Perdana Malaysia 2013 (Sarawak FA)
  • Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 (Johor Darul Takzim FC)
  • Juara Liga Super Malaysia 2015 (Johor Darul Takzim FC)
  • Juara Piala AFC 2015 (Johor Darul Takzim FC)
  • Juara Pesta Bola Merdeka 2013 (Malaysia Bawah 23 Tahun)
Anugerah :
  • The Most Promising Player 2013 Anugerah Persatuan Bola Sepak Malaysia
Samuel Somerville


Posisi : Penjaga Gol
Pasukan : Johor Darul Takzim FC (2016 - kini)
Darah : Malaysia - England
Bekas Pasukan :
  • 2011 - 2012 : Farnborough FC (England)
  • 2012 : Godalming Town FC (England) - Pinjaman
  • 2012 - 2013 : Godalming Town FC (England)
  • 2013 - 2015 : Slough Town (England)
  • 2014 : Badshot Lea FC (England) - Pinjaman
  • 2015 - 2016 : Tooting & Mitcham FC (England)
Brendan Gan


Posisi : Pemain Tengah
Pasukan : Kelantan FA (2014 - kini)
Tempat Lahir : Sutherland Shire, Australia
Darah : Malaysia - Australia
Bekas Pasukan :
  • 1999 : Marton Hammers (Australia)
  • 2000 - 2008 : Sutherland Sharks (Australia)
  • 2008 - 2011 : Sydney FC (Australia)
  • 2011 - 2012 : Bonnyrigg White Eagles (Australia)
  • 2012 - 2013 : Sabah FA (Malaysia)
  • 2013 - 2014 : Rockdale City Suns (Australia)
Pasukan Kebangsaan :
  • 2014 - kini : Malaysia (0 kap)
  • 2014 : Malaysia Bawah 23 Tahun (5 kap, 1 gol)
Pencapaian :
  • A-League Premiership 2009/10 (Sydney FC)
  • A-League Championship 2009/10 (Sydney FC)
  • A-League National Youth League 2008/09 (Sydney FC)
  • NSW Premier League Premiers 2008 (Sutherlands Sharks), 2012 (Bonnyrigg White Eagles)
Anugerah ;
  • New South Wales Premier League Player Of The Year 2008 (Sutherland Sharks)
Tadashi Takeda


Posisi : Pertahanan Tengah
Pasukan : Fagiano Okayama (J2 League)
Tempat Lahir : Pulau Pinang, Malaysia
Darah : Malaysia - Jepun
Bekas Pasukan :
  • 2005 - 2008 : JEF United Ichibara Chiba (Jepun)
  • 2006 - 2008 : JEF United Ichibara Chiba Reserve (Jepun)
  • 2008 - kini : Fagiano Okayama (Jepun)
Dion Cools


Posisi : Pertahanan Kanan
Pasukan : Club Brugge (Belgian Pro League)
Tempat Lahir : Kuching, Sarawak, Malaysia
Darah : Malaysia - Belgium
Bekas Pasukan :
  • 2007 - 2011 : Tempo Overijse - Akademik
  • 2012 : RSC Anderlecht (Belgium) - Akademik
  • 2013 : OH Leuven (Belgium) - Akademik
  • 2014 - 2015 : OH Leuven (Belgium)
  • 2015 : Club Brugge (Belgium)
Pasukan Kebangsaan :
  • 2014 : Belgium Bawah 18 Tahun (2 kap)
  • 2014 - 2015 : Belgium Bawah 19 Tahun (8 kap, 2 gol)


PEMAIN LAIN YANG HARUS DIBERIKAN PERHATIAN

Tam Sheang Tsung


Posisi : Pemain Tengah
Pasukan : Kataller Toyama (J3 League)
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Darah : Malaysia - Jepun
Bekas Pasukan :
  • 2012 - 2013 : Shanghai Shenhua (China)
  • 2014 : Avispa Fukuoka (Jepun)
Titus James Palani


Posisi : Penyerang

Pasukan : Dikatakan menjalani sesi percubaan bersama Blackburn Rovers

Tempat Lahir : Brickfield, Kuala Lumpur, Malaysia

Darah : Tempatan
Bekas Pasukan :
  • Nanteuil FC (Perancis)
  • Villenoy FC (Perancis)
  • CS Meaux (Perancis)
Ariff Zulkiffly



Posisi : Pertahanan Tengah
Pasukan : Penjara FC (Malaysia)
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Darah : Tempatan
Bekas Pasukan :
  • Island Bay United (New Zealand)
Sean Gan Giannelli


Posisi : Penyerang
Pasukan : Johor Darul Takzim FC IV (Skuad Piala Presiden)
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Darah : Malaysia - Itali
Bekas Pasukan :
  • 2011 : Sekolah Sukan Bukit Jalil (Malaysia)
  • Atletico Arezzo B-17 Tahun
Pasukan Kebangsaan :
  • Malaysia Bawah 14 Tahun
  • Malaysia Bawah 16 Tahun
  • Malaysia Bawah 17 Tahun
Wan Kuzain Wan Kamal


Posisi : Penyerang
Pasukan : SISC Force
Tempat Lahir : Malaysia
Darah : Malaysia - Amerika

Anuar Zaini


Posisi : Sayap Kanan
Pasukan : Gateshead FC (England)
Tempat Lahir : Malaysia
Darah : Tempatan

Darren Lok



Posisi : Penyerang
Pasukan : Eastbourne Borough FC (England)
Tempat Lahir : Hailsham, England
Darah : Malaysia - England
Bekas Pasukan :
  • 2012 - kini : Eastbourne Borough FC (England)
  • 2012 : Horsham FC (England) - Pinjaman
PEMAIN YANG TIDAK MEMPUNYAI BIODATA LENGKAP

Khair Jones (Hawke's Bay United FC - Australia)
Curren Ferns (Brisbane City FC - Australia)
* Malaysia - Australia *
Stefan Petrovski (Sydney Olympic FC - Australia)
* Malaysia - Australia *
Shazalee Ramlee (Balcatta FC - Australia)
* Malaysia - Australia *
Nick Swirad (Northern Rangers FC - Australia)
* Malaysia - England *
Daniel Ting (Droylsden FC -England)
* Malaysia - England *
Ben King (Corinthian Casuals FC - England)
* Malaysia - England *
Kevin Gunter (FC Wiedikon - Switzerland)
* Malaysia - Swiss *

PEMAIN YANG SUDAH MEWAKILI NEGARA LAIN

Shaun Maloney


Posisi : Pemain Tengah Menyerang, Sayap
Pasukan : Hull City (Premier League)
Tempat Lahir : Miri, Sarawak, Malaysia
Darah : Malaysia - Scotland - England
Bekas Pasukan :
  • 1996 - 1999 : Albion Boys Club
  • 2000 - 2007 : Celtic (Scotland)
  • 2007 - 2008 : Aston Villa (England)
  • 2008 - 2011 : Celtic (Scotland)
  • 2011 - 2015 : Wigan Athletic (England)
  • 2015 : Chicago Fire (Amerika Syarikat)
  • 2015 - kini : Hull City (England)
Pasukan Kebangsaan :
  • 2002 - 2005 : Scotland Bawah 21 Tahun (20 kap, 6 gol)
  • 2007 : Scotland B (1 kap, 1 gol)
  • 2005 - kini : Scotland (45 kap, 7 gol)
Pencapaian :
  • Scottish Premier League 2000/01, 2001/02, 2003/04, 2005/06, 2006/07 (Celtic)
  • Scottish Cup 2001, 2004, 2005, 2007, 2011 (Celtic)
  • Scottish League Cup 2001, 2006, 2009 (Celtic)
  • FA Cup 2013 (Wigan Athletic)
Anugerah :
  • Scottish PFA Player Of The Year 2006
  • Scottish PFAYoung Player Of The Year 2006
  • Celtic Fans' Player Of The Year 2006
  • FA Cup Semi Final Player Of The Round 2013
KESEBELASAN UTAMA

GK - Samuel Somerville (Johor Darul Takzim FC - Malaysia)
CDF - Tadashi Takeda (Fagiano Okayama - Jepun) *WAJIB DIPANGGIL*
CDF - Ariff Zulkiffly (Penjara FC - Malaysia)
RDF - Matthew Davies (Pahang FC - Malaysia)
LDF - Dion Cools (Club Brugge - Belgium) *WAJIB DIPANGGIL*
CMF - Junior Eldstal (Johor Darul Takzim FC - Malaysia)
CMF - Tam Sheang Tsung (Kataller Toyama - Jepun)
AMF - Brendan Gan (Kelantan FA - Malaysia)
RMF - Anuar Zaini (Gateshead FC - England)
LMF - Darren Lok (Eastbourne Borough FC - England)
FW -  Wan Kuzain Wan Kamal (SISC Force - Amerika Syarikat)

FW - Sean Gan Giannelli (Johor Darul Takzim FC IV - Malaysia)
FW - Titus James Palani (Free Agent)

Sejarah Kad Kuning Dan Kad Merah Dalam Bola Sepak


Kad kuning dan kad merah merupakan salah satu elemen penting dalam bola sepak moden.

Kad kecil yang dahulunya hanyalah sekeping potongan kertas tersemat yang rapi di dalam poket semua pengadil perlawanan itu digunakan untuk menjatuhkan hukuman ke atas pemain yang melakukan kekasaran.

Namun, tahukah anda sejarah disebalik penggunaan kad kuning dan kad merah ini?

Kisahnya bermula apabila seorang pengadil perlawanan yang berasal dari Olford (London), Ken Aston ditugaskan untuk mengadili perlawanan di antara pasukan Chile dan Itali pada kejohanan Piala Dunia 1962.

Ken Aston

Perlawanan itu telah menjadi 'panas' dan dikenali sebagai 'Pertempuran Santiago' (Battle Of Santiago).

Semuanya bermula selepas wartawan Itali secara lantang telah mengutuk tuan rumah kejohanan, Chile.

Battle Of Santiago


Menurut wartawan Itali, Antonio Ghirellu dan Corrado Pizzinelli :

"Santiago (bandar tuan rumah Chile) adalah tempat air kumbahan."

"Talian telefon tidak berfungsi, teksi sukar didapati - sesukar mencari suami yang setia - caj talian kabel yang semahal harga tangan dan kaki serta sistem surat-menyurat yang memerlukan 5 hari untuk sampai."

"Penduduk Chile kekurangan zat makanan, jahil, kaki botol dan miskin."

"Chile merupakan sebuah negara kerdil, bongkak dan miskin : mereka bersetuju untuk menganjurkan Piala Dunia sebagaimana Mussolini bersetuju untuk menghantar pasukan tentera udara kita untuk mengebom London."

"Hotel di bandar utamanya hanya mempunyai 700 katil. Kawasan kejiranannya terbuka untuk aktiviti pelacuran. Negara ini serta rakyatnya sangat sengsara dan semakin mundur."

Media Chile pada ketika itu pula membalas kutukan wartawan Itali itu dengan melabel negara Itali sebagai fasis, mafiosos, terlalu gila seks dan negara penagih dadah.

Kedua-dua wartawan Itali itu akhirnya dipaksa meninggalkan Chile.

Malah terdapat kes di mana seorang rakyat Argentina dibelasah di bar oleh rakyat Chile kerana disangkakan seorang rakyat Itali.

Provokasi-provokasi inilah yang menyebabkan perlawanan di antara Chile dan Itali menjadi 'panas'.

Ia bukan sekadar perlawanan bola sepak, ia turut melibatkan maruah kedua-dua buah negara.

Justeru, kerana perlawanan tersebut berlangsung di bandar Santiago, ia dinamakan 'Battle Of Santiago', persis peristiwa perang di antara rakyat Chile menentang penjajah Sepanyol tahun 1541.

Insiden Pertama

Ketika mengadili perlawanan Battle Of Santiago, pengadil perlawanan tersebut, Ken Aston perlu berhati-hati dalam setiap tindakannya.

Namun ketika perlawanan baru berusia 12 saat, Ken Aston sudah terpaksa meniup wisel kerana ada kesalahan yang dilakukan oleh pemain.


Pada minit ke-12, Ken Aston terpaksa mengarahkan kapten pasukan Itali, Giorgio Ferrini untuk keluar padang kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Chile, Honorino Landa.

Giorgio Ferrini bagaimanapun enggan keluar dari padang kerana mendakwa dia tidak memahami arahan yang diberikan oleh Ken Aston.

Dia kemudiannya diangkut keluar padang dengan bantuan pihak polis. Honorino Landa yang cuba bertumbuk dengan Giorgio Ferrini, hanya diberikan amaran lisan.

Perlawanan itu berakhir dengan pasukan Chile menang 2-0 ke atas pasukan Itali yang terpaksa bermain dengan 9 orang pemain.

Ia merupakan detik yang memberikan pengajaran bermakna untuk Ken Aston.

Namun, peristiwa hampir sama berulang kembali empat tahun kemudian sewaktu kejohanan Piala Dunia di England.

Insiden Kedua

Ketika perlawanan tuan rumah, England menentang Argentina dalam Piala Dunia 1966, kapten pasukan Argentina, Antonio Rattin, enggan keluar padang setelah diarahkan.


Pengadil perlawanan pada waktu itu, Rudolf Kretlein terpaksa menggunakan segala diplomasi demi memujuk Antonio Rattin keluar dari padang untuk mengelak perlawanan ditangguh.

Rudolf Kreitlein

Antonio Rattin akhirnya bersetuju keluar dari padang setelah dipujuk oleh pegawai-pegawai FIFA (termasuk Ken Aston sendiri) yang terpaksa campur tangan dengan turun ke padang dari tempat duduk penonton.

Perlawanan tersebut berakhir dengan protes dari jurulatih pasukan England, Sir Alf Ramsey yang mahukan penjelasan dari pengadil.

Menurut Alf Ramsey, isyarat pengadil tidak cukup jelas bagi dirinya, pemain-pemain England serta penonton.

Adakah isyarat yang ditunjukkan oleh pengadil kepada Antonio Rattin dalam perlawanan tersebut hanyalah amaran, ataupun ia arahan untuk keluar padang?

Itulah senario yang berlaku sebelum penciptaan kad kuning dan merah. Bola sepak menjadi sangat mengelirukan.

Inspirasi Dari Lampu Isyarat


Ken Aston menyedari bahawa betapa perlunya satu sistem baru dicipta untuk menghukum pemain bola sepak di padang.

Ini kerana sukar bagi pengadil untuk memberikan amaran atau arahan dalam bentuk lisan kepada pemain yang berlainan bahasa.

Sewaktu memandu melalui Kensington Avenue tatkala beliau dalam perjalanan pulang ke rumah, Ken Aston terpandang lampu isyarat.

"Sewaktu saya memandu, lampu isyarat bertukar ke warna merah. Dan saya terfikir : kuning maksudnya bertenang. Merah maksudnya berhenti."

"Dua kad dengan warna berlainan akan menjadi isyarat yang jelas dari pengadil kepada pemain. Walaupun mereka tidak bertutur dalam bahasa yang sama."

Ken Aston yang merupakan salah seorang anggota Referee Committee pada ketika itu kemudian membentangkan ideanya kepada FIFA.

Dan buat kali pertama dalam sejarah, penggunaan kad kuning dan kad merah diterima dan diterapkan di kejohanan Piala Dunia 1970 di Mexico.

Sistem ini dilihat berkesan dan terus diguna pakai sehingga ke hari ini.

Ken Aston mungkin sudah meninggal dunia pada tahun 2001 pada umur 86 tahun, tetapi idea dan legasi kad kuning dan merah Ken Aston ini masih diguna pakai untuk menghukum pesalah dalam dunia suka. Baik dalam sukan bola sepak, ragbi, hoki, bola tampar dan polo air.







Sejarah AFC Fiorentina : Dari Kelab Gimnastik Kepada Simbol Renaissance Bola Sepak Itali


Associazione Calcio Firenze Fiorentina ataupun dikenali sebagai Fiorentina merupakan kelab berpengkalan di kota renaissance Florence, Itali.

Fiorentina agak kurang dikenali bagi orang yang tidak familiar dengan bola sepak Itali berbanding kelab-kelab gergasi Itali iaitu Juventus, AC Milan, Inter Milan ataupun dua buah kelab Rome, AS Roma dan Lazio serta kelab Naples, Napoli.

Namun Fiorentina mempunyai keindahan dan sejarah yang tersendiri seiring dengan keindahan kota Florence itu sendiri.

Asal-Usul Fiorentina

Bola sepak di Florence bermula sekitar 1898 dengan penubuhan Florence Football Club yang dipengaruhi oleh bola sepak Inggeris pada zaman tersebut.

Bagaimanapun pada tahun 1909 Florence FC tidak lagi wujud dalam rekod tempatan.

Ketika itu, wujud dua buah kelab bola sepak pada 1913 iaitu Club Sportivo Firenze dan Palestra Gimnastica Fiorentina Libertas yang asalnya merupakan kelab sukan berbasikal dan gimnastik.

Kedua-dua buah kelab tersebut bertahan sehinggalah selepas Perang Dunia Pertama. Pada tanggal 26 Ogos 1926, kedua-dua kelab sukan ini digabungkan menjadi satu kelab atas saranan presiden kelab, Firenze.

Maka lahirlah ACF Fiorentina.

Bermula Daripada Divisyen Ke-2 Itali

Fiorentina diserapkan ke divisyen ke-2 Itali selepas penubuhan kelab. Perlawanan rasmi pertama mereka berlangsung pada 3 Oktober 1926 menentang Pisa dengan kemenangan 3-1.

Hanya pada musim 1929/30 Fiorentina menggunakan kit ikonik berwarna ungu mereka.

Pada era 30-an, Fiorentina atau La Viola menjuarai Serie B sebanyak 3 kali dan layak ke Serie A.

Fiorentina memenangi Coppa Italia pertama kelab pada musim 1939/40 selepas mara ke separuh akhir dengan menewaskan AC Milan 5-0 dan Lazio 4-1.

Hidup Baru Di Serie A

Era 1946 - 1955 selepas Perang Dunia Kedua, Fiorentina mula mendapat rentak di Serie A dan menamatkan musim pada era tersebut di kedudukan top 10.

Fulvio Bernardini (gambar) mengetuai kelab menjuarai liga pertama mereka pada 1956/57, dan mara ke perlawanan akhir Piala Eropah sebelum tewas ditangan Real Madrid.

Fiorentina menambah 2 koleksi Coppa Italia pada era 60-an menewaskan skuad Inter kendalian Helenio Herrera di separuh akhir Coppa Italia selain turut menjuarai UEFA Cup Winners Cup.

Kejuaraan liga kedua Fiorentina hadir pada musim 1969/70 hasin kendalian pengurus, Bruno Pesoala 13 tahun selepas Scudetto pertama.

Era Roberto Baggio dan Gabriel Batistuta

Fiorentina kembali menjuarai Coppa Italia ke-4 pada musim 1974/75.

Kemudian, Fiorentina diambil alih oleh pemilik baru iaitu keluarga Pontella pada 1980.

Tahun 1985 menandakan kemunculan bintang baru Fiorentina dan Itali, Roberto Baggio di mana beliau menjaringkan gol pertama menentang skuad Scudetto, Napoli yang dibintangi oleh Diego Maradona.

Fiorentina seterusnya mara ke perlawanan akhir Liga Europa dan hampir tersingkir dari Serie A di mana mereka tewas kepada Juventus pada perlawanan pertama 3-1.

Selepas penjualan Roberto Baggio ke Juventus, Vittorio Cecchi Gori mengambil alih dari keluarga Pontella.

Vittorio Cecchi Gori membawa masuk bintang seterusnya, Gabriel Omar Batistuta dan beberapa high-profile signing.

Claudio Ranieri mengemudi kelab menjuarai Coppa Italia ke-5 pada 1995/96 sebelum meninggalkan Fiorentina untuk mengurus Valencia.

Trio Gabriel Batistuta, Rui Costa, Edmundo

Kelab kemudiannya dikendalikan oleh Alberto Malesani sebelum digantikan oleh Giovanni Trapattoni.

Ketika itu, Fiorentina mempunyai trio serangan terkuat yang dibarisi oleh trio kesayangan peminat iaitu Gabriel Batistuta, Rui Costa dan Edmundo.

Giovanni Trapattoni gagal membawa Fiorentina menjuarai liga. Tambah parah, Fiorentina terpaksa merelakan pemergian Gabriel Batistuta ke AS Roma selepas menjadi penjaring terbanyak kelab dengan 152 gol. Ini adalah resepi kejatuhan Fiorentina.

Era Kejatuhan Fiorentina

Walaupun menjuarai Coppa Italia ke-6, Fiorentina dibebani dengan hutang dan diisytiharkan bankrap pada tahun 2002.

Seorang usahawan kasut, Diego Della Valle mengambil alih kelab di bawah nama Associazione Calcio Fiorentina e Florentia Viola.

Fiorentina terpaksa bermula dari bawah di divisyen ke-4 Itali sebelum menjuarai Serie C2 2002/03 dan kembali ke kancah Serie B selepas kes Catania dan dipromosi atas sebab 'sports merits'.

Cesare Prandelli mengembalikan kemasyhuran Fiorentina

Dari Serie C2 ke kemenangan termasyhur di Anfield, Cesare Prandelli mencipta sejarah sebagai pengurus paling lama berkhidmat pada 2005 sehingga 2010. Cesare Prandelli juga bertanggungjawab membawa masuk pemain ikonik seperti Luca Toni dan Sebastian Frey.

Pada ketika bola sepak dilanda skandal Calciopoli, Fiorentina hampir disingkirkan ke Serie B seperti Juventus, namun hanya didenda penalti 12 mata.

Cesare Prandelli kembali membawa kelab ke kancah Liga Europa dan seterusnya mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah edisi 2009/10.

Fiorentina mengetuai peringkat kumpulan selepas menang ke atas Liverpool di Florence serta Anfield.

Selepas Cesare Prandelli mengambil alih jawatan pasukan kebangsaan Itali, Sinisa Mihajlovic dan selepas itu legenda AS Roma, Vincenzo Montella menggantikan beliau.

Kini Fiorentina diurus oleh Paulo Sousa, bekas pemain tengan Portugal yang pernah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Juventus dan Borussia Dortmund.

Di bawah Paulo Sousa, Fiorentina kini sedang mencabar kejuaraan Seria A. Fiorentina kini menghuni tangga ke-2 Serie A selepas 16 perlawanan.

Kredit : semuanyabola.com

Petua Imam Syafie

EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN
  1. Makan daging.
  2. Memakai haruman.
  3. Kerap mandi.
  4. Berpakaian dari kapas.
EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan bahan yang masam.
EMPAT PERKARA MENAJAMKAN MATA
  1. Duduk menghadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.
EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA
  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangi kiblat.

Mualaf Jerman : Sebelum Menuduh Islam Teroris, Cuba Jawab 14 Pertanyaan Ini

Mualaf asal Jerman, Pierre Vogel yang mengikrarkan syahadat pada tahun 2001 melontarkan beberapa pertanyaan kepada dunia barat yang selama ini menuduh Islam identik dengan teroris.

Berikut ini 14 pertanyaan yang disampaikan Pierre Vogel dalam sebuah ceramahnya sebagaimana dilansir pijar.net, untuk menjawab tuduhan ketika Islam dituduh sebagai agama teroris.

  1. Siapakah yang selalu menjajah sebuah negara damai, aman, tenteram hanya untuk kepentingan ekspansi?
  2. Siapakah yang menyulut perang dunia pertama?
  3. Siapakah yang menyulut perang dunia kedua?
  4. Siapakah yang selalu menyiarkan sebuah ajaran agama dengan cara menjajahnya terlebih dahulu?
  5. Siapakah yang menjatuhkan bom atom atas Hiroshima dengan keji, tidak berperikemanusiaan dan mengorbankan jutaan rakyat sipil?
  6. Siapakah yang membantai 20 juta suku Aborigin di Australia?
  7. Siapakah yang membantai lebih dari 100 juta suku Red Indians di Benua Utara Amerika?
  8. Siapakah yang membantai lebih dari 50 juta Red Indians di benua Selatan Amerika?
  9. Siapakah yang menjadikan lebih dari 150 juta manusia dari Afrika sebagai apartheid? Di antara 77% dari mereka mati di perjalanan dan dikuburkan di Lautan Atlantik?
  10. Siapakah yang selalu tertarik untuk menguasai serta merampas minyak suatu negara baik dengan cara mengadu domba negara tersebut, mendanai oposisinya, menyebar fitnah bom, membuat negara tersebut tak kunjung ada kedamaian?
  11. Siapakah renternir dunia (IMF) yang justeru membuat negara pasiennya jadi tambah sengsara dengan sistem busuk dan kejinya?
  12. Siapakah pelaku dan pendukung penjajahan, perampasan lahan masyarakat, pembantaian warga Palestin dari tahun 1948 sehingga sekarang?
  13. Siapakah pelaku dan pendukung krisis dibeberapa negara dengan cara membuat nilai dollar menjadi tinggi sehingga negara tersebut tidak sanggup membayar hutang dollar dan harus menjual berbagai asetnya?
  14. Siapakah pelaku yang selalu menghina dan melecehkan sebuah ajaran agama baik dengan menghina tokoh agamanya atau membakar kitabnya?
Dari 14 pertanyaan tersebut sama sekali bukan negara Islam mahupun orang Islam yang melakukannya.

Amalan Bacaan Surah-Surah Pilihan Di Dalam Al-Quran

Kelebihan Membaca Surah-Surah Pilihan Di Dalam Al-Quran

1. Surah Al-Kahfi

  • Terhindar daripada Al-Dajjal.
  • Jika dibaca pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat. (Maksud hadith)
2. Surah As-Sajadah
  • Terhindar daripada seksa kubur.
  • Mendapat pahala besar seperti pahala ibadah sepanjang malam Lailatul Qadar.
  • Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
  • Dikurnia nur (cahaya) pada diri semasa meninggal dunia. (Maksud hadith)
3. Surah Al-Waqi'ah
  • Dibaca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan.
  • Dibaca 40 kali setiap hari dan malam akan dipermudahkan mendapat rezeki dari berbagai sumber yang berkat. (Maksud hadith)
4. Surah Al-Mulk
  • Mendapat syafaat sehingga terampunya dosa,
  • Dihadiahkan pahala besar iaitu masuk Syurga.
  • Selamat dari azab kubur. (Maksud hadith)

Orang Tidak Nampak vs Orang Hanya Nampak

Orang tidak nampak masa kita kerja kuat untuk kumpul duit cari rezeki siang malam.
Orang hanya nampak masa kita beli-belah dan kata kita ini kaya dan banyak duit.

Orang tidak nampak masa kita ikat perut tahan lapar sebab teringin hendak makan sesuatu.
Orang hanya nampak apabila kita makan hebat sikit dan kata kita kaya dan banyak duit.

Orang tidak nampak masa kita kerja tunggang terbalik menyiapkan semua benda.
Orang hanya nampak masa kita duduk berehat dan kata kita ini asyik mengular atau bos besar sebab boleh relaks.

Orang tidak nampak masa kita bersengkang mata siang malam cuba sedaya upaya untuk penuhkan permintaan mereka.
Orang hanya nampak masa kita tidak mampu hendak menunaikan permintaan mereka dan cakap kita ini tidah guna dan tidak boleh diharap.

Orang tidak nampak masa kita bersungguh-sungguh tolong mereka masa mereka perlukan bantuan.
Orang hanya nampak masa kita tolong tetapi kita tidak boleh tolong dan kata kita ini berkira.

Orang tidak nampak masa kita tahap nak putus urat kepala fikir segala benda untuk menggembirakan dan menjaga hati dan perasaan mereka.
Orang hanya nampak dan tahu sentap apabila kita gembira lebih dari mereka.

'Mereka tidak pernah pun hendak cuba menjaga hati dan perasaan kita'.

30 Perkara Yang Perlu Dijauhi Oleh Wanita

1. Menyambung rambut palsu.
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain.
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri.
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.
8. Membelanjakan harta suami tanpa izin suami.
9. Derhaka kepada suami.
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
11. Mengingkari kebaikan suami.
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram.
13. Memandang lelaki lain yang bukan mahram.
14. Bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram.
15. Menyerupai lelaki.
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.
17. Memandang aurat wanita lain.
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.
19. Masuk permandian awam.
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah.
21. Meratapi kematian.
22. Berhias atas meninggalnya seseorang.
23. Menghantar jenazah.
24. Mempercayai dukun dan pengamal.
25. Menyumpah anak-anak sendiri.
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.
27. Menganiaya pembantu.
28. Mengganggu jiran.
29. Minta cerai kerana suami sakit.
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi.

Antara Adat, Adab vs Hukum? Pilihlah Hukum...

ISTERI

Boleh bersalam dengan :
  • Adik-beradik perempuan suami.
  • Bapa dan ibu suami.
  • Emak saudara suami.
  • Datuk dan nenek suami.
  • Moyang suami.
  • Anak-anak saudara (perempuan) sebelah suami.
  • Saudara-mara (perempuan) sebelah suami.
Wajib berhijab dan haram bersalam :
  • Bapa tiri suami.
  • Adik-beradik lelaki suami.
  • Bapa saudara suami.
  • Anak-anak saudara (lelaki) sebelah suami.
  • Datuk tiri suami.
  • Saudara-mara (lelaki) sebelah suami.
SUAMI

Boleh bersalam dengan :
  • Adik-beradik lelaki isteri.
  • Bapa dan ibu isteri.
  • Bapa saudara isteri.
  • Datuk dan nenek isteri.
  • Moyang isteri.
  • Anak-anak saudara (lelaki) sebelah isteri.
  • Saudara-mara (lelaki) sebelah isteri.
Haram bersalam :
  • Adik-beradik perempuan isteri.
  • Emak saudara isteri.
  • Anak-anak saudara (perempuan) sebelah isteri.
  • Emak tiri isteri.
  • Nenek tiri isteri.
  • Saudara-mara (perempuan) sebelah isteri.

Enam Cara Untuk Mendapat Pahala Setelah Mati

  1. Beli Al-Quran untuk seseorang. Setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
  2. Sedekah kerusi roda kepada hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya, nescaya kamu akan mendapat pahala.
  3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
  4. Meletak watercooler di tempat awam.
  5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
  6. Cara terakhir dan paling mudah adalah kongsi perkara di atas kepada semua, sekiranya ada orang yang mampu melakukan salah satu perkara di atas maka In Shaa Allah kamu akan mendapat pahala.

Rokok Adalah Penyumbang Terbesar Ekonomi Israel


Kita semua mengecam kekejaman Israel dengan memboikot semua produk keluaran mereka.

Tetapi masih ramai yang terlepas pandang atau sengaja tidak mahu memandang antara penyumbang terbesar ekonomi Israel.

ROKOK!!!

Jihad paling hebat adalah jihad mengawal hawa nafsu. Kita semua hendaklah sama-sama berjihad mengawal hawa nafsu merokok (bagi perokok).

Marilah ramai-ramai kita memboikot rokok. Usah bicara perjuangan menentang Zionis jika rokok masih dibibir. Meeting punya meeting, berhimpun bersemangat mengecam kekejaman Zionis tetapi hisap Gudang Garam atau Dunhill sehari tiga kotak.

Rokok-rokok dari Indonesia juga semuanya adalah milik Rothschild.

Tidak percaya rokok penyumbang kekejaman Zionis?
  • Jumlah penduduk dunia : 6.5 bilion
  • Jumlah orang Islam : 1.3 bilion
  • Jumlah perokok di dunia : 1.15 bilion
  • Jumlah Muslim yang merokok : lebih kurang 400 juta
  • Pengeluar rokok terbesar di dunia : Phillip Morris
Sumbangan Phillip Morris kepada Israel ialah 12 % daripada keuntungan yang mereka perolehi belum termasuk sumbangan syarikat-syarikat lain.

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Phillip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Phillip Morris sehari (US$200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Phillip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris mendapat untung bersih US$20 juta sehari daripada umat Islam sahaja,

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US$28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$300 juta setahun tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok yang lain.

Umat Islam yang merokok membakar US$400 juta sehari. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$500 setahun. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah anda berapa apa-apa?

Antara Rupa-Rupa Manusia Yang Akan Dihalau Di Padang Mahsyar Nanti

Selepas manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, mereka akan menuju ke Padang Mahsyar. Al-Quran menjelaskan bahawa keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan muka. Nikmat dan seksaan yang dihadapi adalah mengikut amal perbuatan ketika hidup di dunia. 

Di Padang Masyar, tidak ada perlindungan yang diperoleh manusia kecuali perlindungan daripada Allah S.W.T. 

RUPA-RUPA MANUSIA DI PADANG MAHSYAR NANTI

1. Ditukar rupa menjadi wajah kera.
  • Manusia yang suka mengumpat.
2. Ditukar rupa menjadi wajah babi.
  • Manusia yang suka memakan harta anak-anak yatim.
3. Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepalanya di bawah.
  • Manusia yang suka memakan riba.
4. Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
  • Manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
5. Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
  • Manusia yang bangga dengan amalannya sendiri.
6. Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya keluar nanah yang menjijikkan.
  • Ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
7. Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
  • Mereka yang suka mengganggu tetangga.
8. Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pohon kurma neraka.
  • Mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai membela pemerintah yang tidak jujur kepimpinannya.
9. Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
  • Manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Gambaran Di Akhirat


Bacalah sampai habis saudara-saudara ku. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Allah S.W.T. pun berfirman mafhumnya, "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada sesiapa yan menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut 'Ajbuz Zanbi' yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunti seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar, Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri. Setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepada mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaanya naik di hari kiamat nescaya seluruh bumi akan terbakar, bukit-bukau akan hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehinggan 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.AW. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolan ini berbentuk segi empat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan Arasy. Mereka ialah :
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah S.W.T.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah S.W.T dan berpisah kerana Allah S.W.T.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita untuk berina, tetapi dia menolak dengan berkata, "Aku takut kepada Allah S.W.T.
  6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui oleh orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah S.W.T lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah S.W.T.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "Pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam a.s. tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s. menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa dengan Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W. ke hadrat Allah S.W.T. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengan bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.

Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menhijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpana cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanglah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Raqib dan Atib.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad S.A.W dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujag tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di akhirat ialah :
  1. Meringankan penderitaan makhluk di padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa dihisab.
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju ke syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan atau titian yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15 000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri Sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti Sirat hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

RUJUKAN : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani, Pustaka Nasional Singapura.

Ilmu Sejarah Menyembunyikan Sejarah Bank

Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Sejarah penubuhan bank mungkin dianggap tiada kena-mengena dengan ilmu sejarah dan ianya ilmu di dalam pengajian perbankan sahaja. Jika ada tanggapan sebegini, maka ia sangat salah.

Apabila buku-buku sejarah tidak membicarakan sejarah bank sedangkan bank adalah punca wujudnya peperangan dan peristiwa-peristiwa bersejarah maka sejarah bank hanya dibicarakan oleh orang-orang ekonomi sahaja. Apabila situasi itu berlaku, maka roh pengilmuan sejarah akan kabur. Dengan ini sedikit demi sedikit ahli-ahli sejarah generasi baru hilang pertimbangan untuk membahaskan intipati sejarah dari sudut bank.

Ilmu teori konspirasi telah membuktikan kebenaran bahawa masalah dunia yang bermula sejak 1770, 99% adalah dirancang oleh pihak-pihak bank. Malah semua masalah dunia dan peperangan-peperangan sekarang adalah dari bank. Dan semua bank adalah dikawal oleh Rothschild. Ia boleh diringkaskan dalam istilah, Bank Mengawal Kerajaan, Kerajaan Mengawal Masyarakat. Manakala sesiapa yang memiliki bank adalah bermaksud memiliki seluruh kerajaan dan sekarang ini semua bank di dunia adalah milik Rothschild.

" Sesiapa sahaja yang mengeluarkan wang dan pinjaman secara terus kepada polisi-polisi kerajaan, secara tidak langsung ia memegang haluan hidup rakyat."

Logo Bank Negara Malaysia adalah simbol Illuminati. Mengapa? Kerana bank di seluruh dunia adalah milik Rothschild. Wang kertas adalah ciptaan Illuminati yang penuh dengan lambang sihir.

" Sesiapa yang menguasai bank, dia akan menguasai dunia..."

" Mana-mana penulis, guru, pensyarah, pendakawah atau ahli politik yang cuba menyembunyikan nama Rothschild boleh dianggap menipu, hipokrit atau melakukan jenayah."

Rothschild Penyembah Syaitan

Rothschild telah mewujudkan banyak pertubuhan penyembahan syaitan seperti Freemason, Illuminati, Rotary, Lions Club dan Bilderberg.

Lodge Freemason di Sri Petaling adalah markas Freemason yang baru dibina berdekatan dengan masjid atau markas pengumpulan jemaah Tabligh.

Lahad Datu, MH370 dan MH17 adalah percaturan Rothschild.

Lodge-lodge Freemason saban hari semakin bertambah di Malaysia.

Adakah kita sudah merdeka?

Rothschild Dan Bank Negara Malaysia

Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang akan anggap ia adalah kijang atau rusa. Tetapi kijang atau rusa tidak mempunyai ekor sepanjang itu. Cuba pula anda Google Images 'Pharaoh Dog', bukankah ia sama dengan imej logo bank negara.

Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Dog. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Dog itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Dalam logo tersebut pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua, bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan (Agama yang menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari Bermata Satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makan Firaun dan Piramid.

Manakala anjing itu pula kelihatan seperti Pharaoh Dog yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat Mesir Kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.

Jadi siapakan sebenarnya pemilik Bank Negara?

Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia mempunyai dua pejabat di luar negara. Satu di Amerika Syarikat dan satu lagi di United Kingdom. Pasti ramai pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan Bank Negara Malaysia.

Hakikatnya, semua bank adalah milik Rothschild termasuklah Bank Islam.

Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000.

Inilah sistem ciptaan Dajjal untuk memperhambakan umat manusia.

Apa yang harus umat Islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang-hutang yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Rasulullah S.A.W bersabda,

" Akan datang satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak).

- Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal.

Wallahualam.

Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti

Illuminati Takut Kepada Syeikhul Ramadhan Al-Buti

Pemergian Allahyarham Dr. Ramadhan Al-Buti, seorang ulam ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kehilangan yang sangat dirasai. Beliau adalah ulama' yang digeruni oleh pihak Illuminati khususnya golongan Freemason kerana dakwahnya boleh menangkap jiwa jutaan umat Islam.

Kehilangan beliau juga merupakan satu kegembiraan bagi puak Ulama Wahabi yang sering menyerang pendapat-pendapat beliau dalam pelbagai media khususnya tulisan dan buku.

Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti Oleh Rothschild

Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti melalui pengeboman di sebuah masjid adalah satu perancangan rapi bagi projek 'Ethnic Clearance'. Etnik dalam kamus Illuminati bukan lagi merujuk kepada bangsa tetapi ulama'. Projek ini telah pun berjalan di seluruh dunia sejak 1970-an. Tambahan pula Syeikh Ramadhan adalah ulama' yang cenderung kepada Taregat Kesufian yang menjadi kebencian golongan Wahabi dan Freemason.

Di Syria, pihak media barat mempromosi sepenuhnya pertelingkahan antara golongan Pro-Assad dan anti-Assad. Ia satu propaganda yang sengaja diwujudkan bagi memberi ruang kepada Amerika Syarikat untuk membunuh kedua-dua belah pihak.

Sekarang media barat menggambarkan kedua-dua pihak adalah pembunuh kejam. Sebelah pihak menyembelih orang Islam manakala sebelah pihak lagi mengebom diri untuk membunuh orang Islam yang lain.

Antara fitnah yang dilemparkan media barat kepada Dr. Ramadhan Al-Buti ialah :
  • Difitnah berfahaman Syiah hanya kerana berjumpa dengan keluarga Al-Assad.
  • Difitnah menyokong kekejaman tentera Al-Assad.
Kini fitnah Amerika Syarikat berjaya dan puncak kejayaan mereka ialah apabila beliau dibunuh. Laporan berita di Malaysia menyebut Syeikh Ramadhan adalah 'Ulama Syiah' sedangkan ia adalah sebaliknya.

Maka berhati-hatilah dengan fitnah Dajjal di akhir zaman ini.